Advertisements

DKD: Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2022

Penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan berkaitan muzik adalah dialu-alukan untuk memohon geran yang ditawarkan iaitu Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2022.

DKD Industri Muzik bertujuan untuk memudah dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan berkaitan muzik yang berdaya cipta dan berupaya dipasarkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, dana ini juga bertujuan membangunkan modal insan yang bermutu bagi mengembangkan potensi industri muzik dan membangunkan industri muzik yang berdaya saing dan memberi impak ekonomi yang positif.

Di bawah dana ini, tumpuan diberikan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert awam yang mengetengahkan bakat-bakat tanahair dan juga menjana perkerjaan untuk penggiat industri muzik.

Bagi mereka yang berminat, tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Oktober 2022.

Nilai Geran

Nilai geran yang ditawarkan menerusi dana ini adalah sebanyak RM150,000 atau RM300,000 bagi setiap permohonan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan geran ini adalah seperti berikut:

  1. Pemilikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad, sendirian berhad atau berhad yang ditubuhkan di Malaysia.
  2. Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Tidak bankrap, tidak tertakluk kepada satu perintah penggulungan dan tidak disenarai hitam oleh agensi atau jabatan yang berkuatkuasa.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.mycreative.com.my/dkdmuzik.
  2. Klik butang ‘Borang Permohonan.’
  3. Isi semua maklumat dengan lengkap dan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran Syarikat (SSM)
  2. Salinan Penyata Bank
  3. Salinan Kad Pengenalan MyKad (IC) Pemilik Berdaftar (jika ada)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai DKD Industri Muzik, sila layari laman web https://www.mycreative.com.my/dkdmuzik.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.