Advertisements

Permohonan Dana Kandungan Digital (DKD) & Industri Muzik Malaysia

Advertisements

Berita gembira kepada penggiat muzik tanah air apabila mereka kini boleh mendapatkan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Industri Muzik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Dana ini diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk membantu kelangsungan hidup para penggiat industri kreatif negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di samping menyuntik semangat mereka untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti.

Menerusi DKD dan Industri Muzik ini, terdapat 3 dana yang ditawarkan iaitu:

  • Dana Ekosistem
  • Dana Pemasaran
  • Dana Mikro

Permohonan bagi DKD dan Industri Muzik ini dibuka mulai 20 September sehingga 3 Oktober 2021 secara atas talian.

Dana Ekosistem

Dana Ekosistem memberi tumpuan kepada peringkat pembangunan bakat serta platform sesebuah projek yang melibatkan kerja-kerja penciptaan, penghasilan, pengumpulan dan penerbitan atau penjanaan kandungan industri muzik.

Ini termasuklah penerbitan kandungan tersebut dihasilkan dengan kerjasama dengan institusi (universiti/kolej/badan kerajaan atau agensi berkaitan).

Dana tersedia menerusi Dana Ekosistem ini adalah sehingga RM3 juta.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dana Pemasaran

Dana Pemasaran bertujuan untuk mengkaji, mempromosi dan memasarkan industri muzik di peringkat tempatan dan antarabangsa menerusi platform-platform yang ada.

Selain itu, dana ini juga bertujuan menyokong penyertaan penggiat muzik dalam mana-mana festival, kajian industri, conference, latihan, trade mission, lawatan benchmarking di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi menyokong industri muzik Malaysia.

Menerusi Dana Pemasaran, kerajaan telah menyediakan dana sehingga RM300,000 bagi tujuan ini.

Dana Mikro

Dana Mikro diwujudkan bagi menyokong penggiat industri muzik dengan memberi tumpuan kepada penciptaan lagu, penulisan lirik, rakaman, pembangunan muzik video (sebagai contoh YouTube, Facebook Video) untuk kegunaan platform mudah alih (tablet dan telefon pintar) dalam memastikan industri ini akan terus berkembang dan kekal relevan.

Dana yang diperuntukan menerusi Dana Mikro adalah sebanyak RM5,000 sehingga RM20,000.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori syarikat dan juga individu:

i) Kategori Syarikat

  • Mengisi borang permohonan secara atas talian.
  • Mempunyai profil syarikat.
  • Mempunyai salinan sijil SSM.
  • Menyediakan Kertas Cadangan Projek.
  • Mempunyai salinan penyata bank.
  • Mempunyai salinan penyata e-vendor/pendapatan perolehan (sekiranya ada).

ii) Individu

  • Mengisi borang permohonan secara atas talian.
  • Mempunyai profil projek terdahulu.
  • Mempunyai salinan kad pengenalan.
  • Menyediakan Kertas Cadangan Projek.
  • Mempunyai salinan penyata bank.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://danamuzik.kkmm.gov.my/.
  2. Klik pada bahagian ‘Daftar Masuk’ dan klik bahagian ‘Daftar Akaun Baharu.’
  3. Isi maklumat yang berkaitan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Semak email dan klik link yang diberkan untuk mengaktifkan akaun tersebut.
  5. Daftar masuk dengan memasukkan kata nama dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Pilih dana yang berkaitan dan isi maklumat yang diperlukan.
  7. Muat naik dokumen sokongan di ruangan yang disediakan.
  8. Tandakan pada kotak akuan permohonan dan klik butang ‘Hantar Permohonan.’

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai DKD dan Industri Muzik, sila hantar pertanyaan melalui email kepada [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.