Advertisements

BKC PEMULIH: Jumlah & Tarikh Pembayaran Fasa 2 (Mulai 25 November)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula diagihkan bermula 25 November 2021.

Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.

Bagi BKC Fasa 2, penyaluran bantuan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta yang memanfaatkan 700 ribu penerima isi rumah, individu bujang, dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Matlamat PEMULIH

Menerusi pelaksanaan PEMULIH, kerajaan menetapkan 3 matlamat utama iaitu:

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan Vaksinasi

Pelaksanaan BKC adalah terkandung di bawah matlamat pertama PEMULIH iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.

Kelayakan Penerima

Penerima yang akan menerima BKC adalah berdasarkan kelayakan berikut iaitu:

i) Miskin tegar dan B40

  • Isu rumah atau warga emas: Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang: Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

ii) M40

  • Isi rumah: Pendapatan RM5,001 hingga RM9,000.
  • Bujang: Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaJumlah Bayaran Isi RumahJumlah Bayaran Bujang
Miskin TegarRM1,300RM500
B40RM800RM200
M40RM250RM100

Jadual Pembayaran

Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah mengikut fasa seperti berikut:

Kategori PenerimaFasa 1
(September)
Fasa 2
(November)
Fasa 3
(Disember)
Isi rumah Miskin TegarRM500RM500RM300
Warga Emas bujang/tiada pasanganRM200RM300
Bujang Miskin TegarRM200RM300
 Isi rumah B40RM500RM300
Bujang B40RM200
Isi rumah M40RM250
Bujang M40RM100

Cara Pemohonan

Bagi permohonan BKC, tiada permohonan baharu dibuka kerana data penerima diambil daripada penerima BPR 2021.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini?

Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.

Berapa banyakkah fasa bayaran BKC akan dibuat?

Fasa pembayaran BKC akan dibuat mengikut kategori penerima.

Apakah matlamat utama pelaksanaan BKC?

Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.