Anak Negeri Selangor yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada dalam atau luar negara dialu-alukan memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Untuk makluman, SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh LZS bertujuan meringankan beban kos pendidikan di IPT dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.
Pemberian SPZAS kepada pelajar yang layak adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.
Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan bermula dari 20 November sehingga 21 Disember 2021 secara dalam talian.
Kadar Sumbangan
Pelajar yang layak akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 bagi SPZAS IPT dalam negara manakala RM2,500 bagi SPZAS IPT luar negara.
Sumbangan tersebut adalah di bawah peruntukan asnaf fisabilillah yang ditetapkan oleh LZS.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pelajar yang berminat untuk memohon sumbangan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar mestilah beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Ketua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
- Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua (ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon).
- Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.
Cara Memohon
Untuk memohon sumbangan ini, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/spzas/.
- Klik butang ‘Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Mohon.’
- Isi maklumat yang diperlukan pada setiap paparan dan klik butang ‘Simpan & Seterusnya.’
- Muat naik lampiran yang diperlukan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dimuat naik.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa permohonan adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan Pemohon.
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga.
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga.
- Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan).
- Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan Terkini di pautan https://drive.google.com/file/d/0B-UHREbVh2DTTmtZWE1GNlpvUEk/edit?resourcekey=0-0d2ozPl1mhbLHP4VFJXI_g (bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan).
- Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor) di pautan https://drive.google.com/file/d/1oIy7ZMQvWXBsRVFEzl6l8vFeWXYv2xJF/view.
- Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) di pautan https://drive.google.com/file/d/1sw9KtMgVJ5yITzz8OF45v1EkfWcJR3d2/view.
- Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank).
- Kad OKU (jika Berkenaan).
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (jika Berkenaan).
- Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor di talian 1-300-88-4343.