Advertisements

Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP

Advertisements

Bermula 1 Ogos 2021, Zakat Pulau Pinang telah membuka permohonan bantuan bagi pelajar anak-anak Pulau Pinang yang akan melanjutkan pengajian dalam dan luar negara menerusi Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, Majlis Agma Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Objektif utama bantuan permulaan ke IPT ini diwujudkan adalah bagi membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam dan luar negara.

Permohonan ini dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian sama ada peringkat sijil atau matrikulasi, diploma, atau ijazah.

Permohonan bagi bantuan permulaan ke IPT ini dibuka sepanjang tahun melalui laman web zakatpenang2u.com.

Peringkat Pengajian & Kadar Bantuan

Perinkat pengajian dan kadar bantuan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Sijil atau matrikulasi: RM600
  • Diploma: RM800
  • Ijazah: RM1000
  • IPT Luar Negara: RM2,000 (maksimum)

Syarat Umum

Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP adalah seperti berikut:

  1. Terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja.
  2. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  3. Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, terdapat juga syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi pelajar dalam negeri, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah pemastautin diNegeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan bantuan permulaan ke IPT ini hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran
  3. Pemohon mestilah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  4. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  5. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  6. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Untuk pelajar luar negara, syarat khusus yang telah ditetapkan adalah seperti:

  1. Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  3. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, Zakat Pulau Pinang akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  5. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ dan klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  5. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Klik bahagian kemaskini Bantuan Permulaan Ke IPT.
  7. Hantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang di talian 04-549 8165/8168/8178.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.