Advertisements

Permohonan BPKNS: Biasiswa Pengajian Diploma Anak Sarawak

Advertisements

Anak Negeri Sarawak yang telah mendapat surat tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam boleh memohon bantuan biasiswa iaitu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).

BPKNS adalah insentif kewangan berbentuk biasiswa pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada peribumi Sarawak.

Untuk makluman, antara fungsi SPANS adalah untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di IPTA/Universiti Awam.

Oleh itu, permohonan BPKNS ini dibuka mulai 2 Ogos dan akan ditutup pada 15 Ogos 2021.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan bagi setiap semester untuk pelajar peringkat Diploma adalah mengikut lokasi pengajian:

Lokasi PengajianJumlah Per Semester
Sarawak2500
Sabah2750
Semenanjung Malaysia2850

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon BPKNS adalah seperti berikut:

  1. Peribumi Sarawak dan anak jati Sarawak
  2. Pemohon telah mendapat surat tawaran di peringkat Diploma di IPTA/Universiti Awam.
  3. Permohonan terbuka kepada semua kursus pengajian kecuali pendidikan dan perubatan sahaja.
  4. Tawaran dibuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan BPKNS, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web berikut escholarship.sarawak.gov.my.
  2. Klik butang ‘Log Masuk Untuk Memohon.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang’ dan pilih jenis akaun iaitu MyKad.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan buat pengesahan telefon bimbit.
  5. Kemudian log masuk dengan memasukkan Login ID dan klik butang ‘Teruskan.’
  6. Masukkan kata laluan.
  7. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  8. Cetak borang permohonan setelah selesai.
  9. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected]

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen berikut perlu disertakan bersama dengan borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa pemohon.
  2. Salinan Sijil Lahir pemohon.
  3. Salinan Surat Tawaran IPTA.
  4. Salinan sijil akademik terkini (SPM/keputusan semester terkini).
  5. Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga (sekiranya tiada, sila sediakan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Ketua Masyarakat/kaum masing-masing).

Perlu diingatkan, semua dokumen tersebut wajib disahkan oleh Ketua Masyarakat/Ketua Kaum atau Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BPKNS, sila hubungi pihak SPANS iaitu:

  • Catherina: 014-686 6089
  • Jesfer: 017-843 6031
  • Ali: 013-571 2425
  • Corina: 014-590 1677
  • Maltina: 014-588 0600

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.