Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Negeri Sawarak telah membuka Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak atau Sarawak Rental Assistance Scheme kepada golongan B40 di negeri tersebut.
Untuk makluman, HDC adalah sebuah badan korporat di bawah Kementerian Perumahan Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1971 dan mula beroperasi pada 1 November 1972.
Antara fungsi HDC adalah untuk membangunkan, membina, mendirikan dan melengkapkan rumah untuk dijual atau disewakan di Negeri Sarawak.
Selain itu juga, HDC turut membantu golongan B40 melalui skim bantuan ini bagi meringankan beban golongan tersebut untuk membayar sewa rumah mereka.
Apakah Yang Dimaksudkan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak?
Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak merupakan skim bantuan sewa rumah yang diberikan kepada mereka yang layak di Negeri Sarawak.
Bagi mereka yang layak, bantuan sebanyak RM200 sebulan akan diberikan selama 36 bulan atau 3 tahun maksimum.
Namun, setakat ini permohonan skim bantuan dibuka kepada penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sahaja.
Konsep pemilihan skim bantuan ini adalah berdasarkan kepada ”first come, first serve basis” atau siapa cepat dia dapat.
Syarat Permohonan
Pemohon yang ingin memohon skim bantuan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
- Pemohon ialah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Sarawak dan mempunyai kad pengenalan dengan status ‘K.’
- Berusia 21 tahun ke atas.
- Penerima bantuan ekasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,131.00 sebulan.
- Sudah Berkahwin
- Bagi pemohon yang merupakan bapa atau ibu tunggal, mereka mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang anak yang tinggal bersama.
- Keutamaan juga diberikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).
- Sedang menyewa (premis/rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat).
Cara Memohon
Mereka yang berminat boleh membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://hdc.sarawak.gov.my/upload/file_folder/Borang2/BorangPermohonanSRASbyHDC.pdf.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Setelah selesai, hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),
Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma,
Petrajaya, P.O Box 1504,
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Dokumen Sokongan
Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan:
- Bukti sebagai penerima eKasih.
- Salinan sijil kahwin/sijil cerai.
- Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
- Salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada dibawah tanggungan & tinggal Bersama pemohon.
- Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan.
- Salinan kad OKU bagi pemohon OKU.
- Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan stem hasil.
- Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa ini.
- Gambar premis yang disewa.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai skim bantuan ini, sila hubungi HDC di talian 082-444 381 atau 082-443 681.