Mahasiswa Negeri Johor kini berpeluang untuk memohon Insentif Sumbangan E-Baucar Makanan KFC Bernilai RM20 daripada Kerajaan Negeri Johor di bawah Johor Corporation (JCorp).
Untuk makluman, insentif sumbangan e-baucar ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 ypada Khamis, 10 Jun 2021 yang lalu.
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan insentif sumbangan e-baucar ini melibatkan 100,000 baucar KFC akan diberikan kepada golongan yang terkesan seperti mahasiswa, anak-anak yatim piatu, warga emas dan lain-lain lagi.
Bagi mahasiswa, permohonan untuk mendapatkan insentif sumbangan e-baucar ini telah dibuka sehingga 31 Julai 2021.
Mengenai PRE Ihsan Johor 3.0
Melalui pelaksanaan PRE Ihsan Johor 3.0, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian one-off bagi rakyat negeri Johor yang terjejas dengan pandemik COVID-19.
Pendekatan yang digunakan dalam pakej ini adalah pendekatan secara sektoral di semua sektor masyarakat dan modal insan termasuklah sektor pelancongan serta sektor perusahaan kecil dan sederhana.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi Insentif Sumbangan E-Baucar Makanan KFC Bernilai RM20 ini adalah seperti berikut:
- Khas bagi mahasiswa kelahiran Johor atau keluarga bermastautin di Negeri Johor.
- Keutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga di bawah kategori B40.
- Permohonan perlu dilakukan sebelum 31 Julai 2021.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan insentif sumbangan e-baucar ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan ini iaitu https://docs.google.com/forms/d/1fRDxKjwCJ0wZTMj6cm36KQrWv9nHumd2ZLFk882M8uY/viewform?fbclid=IwAR2qNzFjO4iN72d5eb9jRF2nHecc72DXs6kmRoD54ZK6eX5lkfoApCIJwcM&edit_requested=true.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Pastikan maklumat yang diisi adalah betul sebelum menghantar.
- Hantar permohonan dengan klik butang ‘Submit.’
Soalan Lazim
Nilai baucar yang akan diterima bagi mereka yang memohon adalah sebanyak RM20.
Tidak. Baucar tersebut hanya boleh digunakan untuk pembelian KFC dan tidak boleh ditukar dalam bentuk wang.
Tidak. Permohonan baucar ini hanya dikhaskan kepada mahasiswa kelahiran Johor sahaja.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai insentif sumbangan e-baucar ini, sila hubungi Yayasan Pelajaran Johor di talian 07-234 4355 atau email ke [email protected].