Advertisements

Permohonan Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 Penjaja K. Lumpur RM500

Kepada para penjaja pasar malam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bagi inisiatif Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0.

Untuk makluman, Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 merupakan bantuan yang diberikan oleh MAIWP dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertindak sebagai pemudahcara dalam program bantuan ini.

Bantuan ini diberikan khusus kepada para penjaja pasar malam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.

Permohonan bantuan prihatin ini telah dibuka mulai 19 Julai sehingga 15 Ogos 2021.

Kadar Bantuan

Bagi para penjaja pasar malam yang layak, mereka akan diberikan bantuan one-off sebanyak RM500.

Bantuan prihatin ini akan diberikan kepada para penjaja pasar malam yang layak berdasarkan kriteria dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan yang perlu dipenuhi oleh para penjaja pasar malam yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Para penjaja perlu berdaftar dengan DBKL.
  2. Permohonan perlu dibuat melalui atas talian sahaja.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx.
  2. Klik bahagian ‘Pendaftaran.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Masukkan maklumat bank dan buat pengesahan.

Cara Membuat Semakan

Selepas membuat permohonan, pemohon perlu membuat semakan untuk mengetahui status permohonan:

  1. Layari laman web https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx.
  2. Klik bahagian ‘Semakan.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Cari.’
  4. Status permohonan dipaparkan.

Cara Pembayaran

Pemohon yang layak akan dibayar secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima.

Pembayaran akan dilakukan setelah permohonan pemohon diluluskan.

Soalan Lazim

Berapakah kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0?

Kadar bantuan yang diterima oleh penerima yang layak adalah RM500.

Adakah para penjaja pasar malam perlu mendaftar untuk menerima bantuan prihatin ini?

Ya. Para penjaja perlu mendaftar dengan DBKL.

Bagaimanakah cara pembayaran bantuan prihatin dilakukan?

Pembayaran dilakukan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun bank penerima.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan prihatin ini, sila hubungi Encik Danial dan Puan Atiqah melalui aplikasi whatsapp ditalian 011-5659 3734 pada jam 09.00 pagi hingga 04.30 petang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.