Advertisements

Permohonan Bantuan Khas Taska PEMULIH One-Off RM3000

Pengusaha TASKA yang terjejas akibat pandemik COVID-19, mereka boleh membuat permohonan Bantuan Khas Taska di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pakej PEMULIH sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 yang lalu dan salah satu bantuan yang diumumkan ialah Bantuan Khas Taska.

Bantuan ini bakal memberikan manfaat kepada lebih 4,400 pengusaha TASKA di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8000 pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Permohonan bantuan ini telah dibuka pada 19 Julai sehingga 31 Ogos 2021.

Mengenai Bantuan Khas Taska

Bantuan Khas Taska adalah bantuan yang diberikan untuk meringankan beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan
Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan oleh
pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bantuan pengusaha TASKA ini membolehkan pihak TASKA menggunakan bantuan tersebut untuk disinfeksi/nyahkuman TASKA (di luar dan dalam TASKA), peralatan penyukat suhu badan, bahan sanitasi, pelitup muka dan kos pengurusan TASKA yang lain.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada penguasaha TASKA yang layak adalah seperti berikut:

  • RM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti.
  • RM 800 untuk TASKA di rumah.

Kategori Taska

Terdapat 4 kategori TASKA yang boleh membuat permohonan bantuan ini iaitu:

i) TASKA Institusi
– TASKA telah menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.
– TASKA ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO).

ii) TASKA Di Tempat Kerja
– TASKA menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan.
– TASKA ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.

iii) TASKA Komuniti
– TASKA menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan.
– TASKA menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri.
– TASKA ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada
keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar
bandar.

iv) TASKA Rumah
– TASKA menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan.
– TASKA dijalankan di kediaman sendiri.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/penerbitan/PENGUMUMAN/BKT_1%20Borang%20Permohonan.pdf atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian/Cawangan yang berdekatan.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang lengkap dan betul.
  4. Lengkapkan dan mengemaskini maklumat berkenaan di dalam sistem National Child Data Center (NCDC).
  5. Buat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian/Cawangan yang terdekat.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pengusaha TASKA.
  2. Senarai Kanak-Kanak di TASKA yang dijana dari NCDC.
  3. Senarai Pengasuh di TASKA yang dijana dari NCDC.
  4. Maklumat ibu bapa kanak-kanak yang dijana dari NCDC.
  5. Penyata Bank atas nama TASKA yang aktif dan terkini (TASKA di Rumah sahaja boleh menggunakan akaun bank atas nama Pengusaha TASKA).
  6. Salinan Perakuan Pendaftaran TASKA.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah/Jajahan/Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996.
  • Talian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.