Advertisements

Permohonan Program Bantuan Makanan Artis COVID-19

Advertisements

Para penggiat seni di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang memerlukan bantuan makanan, permohonan Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 kini dibuka.

Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 prorgam yang dijalankan dengan usahasama antara CENDANA dan Yayasan Sime Darby dengan dilaksanakan bersama-sama rakan komuniti seperti P.O.R.T Ipoh, Penang Arts District, PUSAKA, Duyong Arts Community, Persatuan Seni Kebudayaan Indera Mahkota, Society of Performing Arts Kota Kinabalu, Sabah (SPARKS), dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd.

Tujuan program bantuan ini dijalankan untuk membantu artis, kolektif, dan organisasi seni Malaysia dalam sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf yang menerima pendapatan daripada gig, pameran, penerbitan, merapatkan seni, dan perkhidmatan kepada seni yang terkesan teruk akibat pandemik ini.

Program bantuan disokong oleh dana daripada geran Kementerian Kewangan Malaysia yang merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kerajaan iaitu Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang dikelolai Yayasan Hasanah melalui GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN).

Mengenai Program Bantuan Makanan Artis COVID-19

Program bantuan ini adalah berbentuk pemberian bantuan makanan dalam bentuk baucar membeli-belah.

Pemohon yang layak akan menebus baucar tersebut di Pasaraya Lotuss (dahulunya dikenali sebagai TESCO) untuk membeli barangan keperluan makanan.

Untuk negeri atau kawasan yang tiada atau jauh daripada Pasaraya Lotuss, baucar membeli-belah akan diberikan adalah mengikut pasar raya yang terdapat di kawasan penerima.

Kadar Baucar

Pemohon yang layak akan menerima kadar baucar seperti berikut iaitu:

  • Pemohon bujang: RM160
  • Pemohon berkeluarga: RM220

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia yang mempunyai pengalaman relevan sekurang-kurangnya 2 tahun dan portfolio kerja yang menunjukkan penglibatan aktif dalam sektor seni budaya.
  2. Pemohon terdiri daripada artis, pekerja tadbir, kolektif, dan organisasi seni Malaysia dalam sektor seni persembahan,seni visual, muzik independen dan kraf yang menerima pendapatan daripada gig, pameran, penerbitan, merapatkan seni, dan perkhidmatan kepada seni.
  3. Berada dan menjalankan kerja seni di Malaysia.
  4. Bukan pekerja sepenuh masa, ahli lembaga pengarah, pengarah, pegawai atau ahli keluarga terdekat CENDANA atau Yayasan Sime Darby.
  5. Pemohon merupakan kelompok yang kehilangan pendapatan/terjejas teruk akibat impak pandemik.

Tarikh Permohonan

Terdapat dua kitaran tarikh permohonan akan dibuka kepada para pemohon iaitu:

KitaranTarikh Permohonan
Dibuka
Tarikh TutupTarikh notifikasi kepada pemohon yang berjaya
Kitaran 35 Julai 202111 Julai 2021Bermula 5 Ogos 2021
Kitaran 412 Julai 202118 Julai 2021Bermula 12 Ogos 2021

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.cendana.com.my/our-activities/our-activities/program-bantuan-makanan-artis-covid-19?fbclid=IwAR3gCuBe7W68fL7YfMg22oN08JJgUJkJ2151KeZe8cR4P68BzwTE8D62XwA.
  2. Klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik salinan kad pengenalan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Soalan Lazim

Adakah permohonan dilakukan secara atas talian sahaja?

Ya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai capaian internet untuk membuat permohonan secara atas talian, pemohon boleh menghubungi rakan komuniti untuk membantu.

Bagaimanakah saya akan tahu jika permohonan saya berjaya?

Pemohon akan menerima emel daripada CENDANA dan SMS daripada CENDANA dan wakil rakan komuniti kami menyatakan status permohonan berserta tarikh dan lokasi untuk mengambil baucar.

Bolehkah saya menghantar wakil untuk menuntut baucar tersebut?

Tidak. Pemohon perlu ke lokasi yang ditetapkan dan menunjukkan kad pengenalan anda untuk menuntut baucar tersebut.

Berapakah tempoh masa yang saya ada untuk menuntut baucar ini?

Pemohon diberi masa selama 3 hari untuk menuntut baucar ini.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menuntut baucar dalam tempoh masa tersebut?

Jika pemohon tidak dapat membuat tuntutan dalam tempoh 3 hari yang diberikan itu, sila maklumkan kepada rakan komuniti mengikuti negeri masing-masing.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi rakan komuniti mengikuti negeri iaitu:

NegeriRakan KomunitiAlamat & No Telefon
PerakPort IpohNo 11, Jalan Sultan Azlan
Shah,31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-241 2287
Pulau PinangPenang Arts District14A & 16A (1st Floor)
The Whiteaways Arcade
Beach Street, 10300 George
Town, Penang.
Tel: 04-261 6161
KelantanPUSAKATel: 012-991 7460
TerengganuDuyong Art CommunityTel: 016 837 1385
PahangPersatuan Seni Kebudayaan
Indera Mahkota
Tel: 017 891 6646
SabahSociety of Performing Arts Kota Kinabalu, Sabah
(SPArKS)
Tel: 016 831 6331/017 200 6779
SarawakSarawak Digital Economy
Corporation Bhd.
(SDEC)
Lot 3759 and 3760, Blok 9, Jalan Sultan Tengah,
Rampangi Santubong,
93050 Kuching
Tel: 082-846005

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.