Advertisements

Permohonan Program Vaksin Penjaja [email protected]

Advertisements

Para penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin kini boleh mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin melalui Program Vaksin Penjaja [email protected]

Untuk makluman, program ini adalah inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutan bagi meningkatkan pendaftaran penerimaan vaksin dalam kalangan penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk mempercepatkan kadar vaksinisasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akhirnya dapat mengekang daripada penularan wabak COVID-19 dalam kalangan komuniti.

Oleh itu, para penjaja yang berdaftar adalah amat dialu-alukan untuk mendaftar Program Vaksin Penjaja [email protected] agar matlamat pelaksanaan program ini dapat dicapai.

Syarat Kelayakan

Para penjaja yang berminat untuk memohon program ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah mempunyai lesen penjaja yang sah dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
  3. Pemohon berumur 18 tahun ke atas.

Kategori Tidak Layak Memohon

Terdapat beberapa kategori penjaja yang tidak layak memohon seperti berikut:

  1. Pemohon yang bukan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon yang merupakan ibu yang menyusukan anak.
  3. Individu yang dikuarantin atau gelang merah jambu
  4. Individu dalam status risiko dalam MySejahtera yang berwarna jingga dan merah
  5. Individu yang telah mendapat temujanji di dalam MySejahtera.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Program Vaksin Penjaja [email protected], sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari pautan berikut iaitu https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/vaksinasi_penjaja.aspx.
  2. Klik bahagian ‘Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan maklumat yang diisi betul sebelum menghantar permohonan.
  5. Klik butang ‘Simpan’ untuk menghantar permohonan.

Semakan Status Permohonan

Setelah membuat permohonan, para penjaja boleh menyemak status permohonan iaitu:

  1. Layari pautan berikut iaitu https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/vaksinasi_penjaja.aspx.
  2. Klik bahagian ‘Semakan.’
  3. Isi no. kad pengenalan dan klik butang ‘Cari.’
  4. Status pendaftaran dipaparkan.

Soalan Lazim

Jika saya telah mendapat temu janji pemberian vaksin, adakah saya layak untuk memohon Program Vaksin Penjaja [email protected]?

Tidak. Individu yang telah menerima temu janji pemberian vaksin tidak layak memohon.

Saya merupakan penjaja yang tidak berdaftar dengan DBKL. Adakah saya layak memohon program ini?

Tidak. Hanya penjaja yang berdaftar sahaja layak memohon program ini.

Bagaimanakah saya ingin mengetahui saya berjaya mendapat vaksin tersebut?

Pemohon yang berjaya untuk mendapat vaksinasi akan dimaklumkan dalam temujanji MySejahtera pemohon.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Vaksin Penjaja [email protected], sila hubungi pihak DBKL di talian 1800-88-3255.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.