Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) yang ingin membuat permohonan i-Citra KWSP bagi membolehkan pengeluaran sehingga RM5,000, anda boleh memohon kemudahan tersebut mulai 12 Julai 2021.
Untuk makluman, kemudahan pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada pencarum yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Kemudahan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan pelaksanaan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu.
Oleh itu, pencarum yang berminat untuk membuat permohonan i-Citra KWSP ini, anda boleh membuat permohonan mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Syarat Kelayakan
Pencarum yang ingin memohon kemudahan i-Citra perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Amaun Boleh Dikeluarkan
Amaun kelayakan pengeluaran bagi kemudakan i-Citra adalah sehingga maksimum RM5,000 dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan.
Ini bermakna, jumlah maksimum pengeluaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan pencarum perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).
Contoh senario ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Senario 1 | Senario 2 | Senario 3 | Senario 4 | |
Amaun Kelayakan (RM) | 5,000 | 4,515 | 3,030 | 947 |
Bayaran Pertama | 1,000 | 1,000 | 1,000 | 940 |
Bayaran Kedua | 1,000 | 1,000 | 1,000 | – |
Bayaran Ketiga | 1,000 | 1,000 | 1,000 | – |
Bayaran Keempat | 1,000 | 1,000 | – | – |
Bayaran Kelima | 1,000 | 510 | – | – |
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan i-Citra KWSP, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi i-Citra di pautan https://icitra.kwsp.gov.my/
- Masukkan no. kad pengenalan dan no telefon bimbit yang aktif.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- No OTP yang akan dihantar melalui SMS ke no telefon bimbit yang dimasukkan.
- Masukkan nombor OTP tersebut dan klik butang ‘Sahkan OTP.’
- Jawab soalan keselamatan jika diperlukan.
- Pilih Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada baki akaun.
- Gerakkan slide pilihan berbentuk bulat ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
- Paparan jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Lengkapkan maklumat permohonan iaitu:
– Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
– No MyKad
– No telefon bimbit
– Alamat email
– Alamat rumah
– Poskod
– Bandar
– Negeri - Lengkapkan maklumat pembayaran.
- Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra dan masukkan nombor akaun bank (simpanan/semasa).
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran.
- Tandakan pada kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuan.
- Tandakan ‘Saya Bukan Robot’ bagi meneruskan permohonan.
- Paparan yang tertulis ‘Terima Kasih’ menunjukkan permohonan telah diterima.
- Klik butang ‘Cetak & Simpan’ untuk mencetak atau menyimpan rekod permohonan i-Citra.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Citra, sila hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau bertanya kepada ‘Ask Elya’ di laman web KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.