Menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpeluang untuk mengeluarkan maksimum RM5,000 dari akaun mereka menerusi kemudahan i-Citra KWSP.
Perdana Menteri memaklumkan, seramai 12.6 juta ahli KWSP di seluruh negara berpeluang mendapatkan kemudahan i-Citra dan jumlah pengeluaran tersebut tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Tujuan pengeluaran i-Citra diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Kemudahan i-Citra ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM30 bilion dan memanfaatkan seramai 12.6 juta ahli.
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi kemudahan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.
Syarat Kelayakan iCitra
Pencarum KWSP yang layak untuk memohon kemudahan i-Citra perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
- Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Amaun Layak Dikeluarkan
Amaun kelayakan pengeluaran bagi kemudakan i-Citra adalah sehingga maksimum RM5,000 dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan.
Ini bermakna, jumlah maksimum pengeluaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan pencarum perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).
Cara Memohon
Untuk pencarum yang berminat untuk memohon kemudahan i-Citra, permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.
Walau bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021.
Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Proses Pembayaran
Proses pembayaran kepada pencarum yang layak akan dibuat bermula bulan Ogos 2021.
Soalan Lazim i-Citra KWSP
Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Boleh. Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
Amaun atau jumlah maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya.
Boleh namun tertakluk kepada syarat kelayakan.
Tidak. Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Citra, sila hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau melayari laman web KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.