Selain penambahan kredit RM50, kerajaan juga mengumumkan pemberian Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari sehingga 31 Disember 2020.
Terkini, pemberian data Internet percuma ini diteruskan sehingga 31 Disember 2021 melalui pakej PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini.
Berikut dikongsikan cara-cara tebus / claim internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi.
Untuk makluman, pemberian Internet percuma ini telah dimulakan sejak PKP dan kini disambung sehingga penghujung tahun bagi memudahkan urusan pembelajaran secara online.
Data 1GB percuma ini boleh digunakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.
Baca juga: Check Saman Anda Secara Online Percuma Je
Cara Claim Internet Percuma
Syarikat telekomunikasi belum mengumumkan secara rasmi cara claim data internet percuma ini.
Namun berdasarkan pemberian internet percuma sebelum ini, berikut adalah cara-cara menebus internet percuma anda.
1. Celcom
Untuk pengguna Celcom, Xpax, dan Yoodo anda akan menerima data 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu SMS / download apps.
2. Maxis
Pelanggan Maxis dan Hotlink perlu menebus data percuma melalui aplikasi rasmi mereka.
Anda juga boleh menebus 1GB percuma dengan menelefon *100# (Maxis) dan *868# (Hotlink).
Untuk menebus internet percuma melalui apps, caranya:
Maxis Postpaid
- Aplikasi MyMaxis > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
Maxis Biz Postpaid
- Aplikasi MyMaxis Biz > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
Hotlink Flex Postpaid
- Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
Hotlink Prepaid
- Aplikasi Hotlink RED > klik pada banner di muka utama dan pilih “Free 1GB Pass” atau aktifkan pass di bawah tab ‘Shop’
3. Digi
Pelanggan Digi perlu tebus data 1GB percuma melalui aplikasi MyDigi sekali sahaja untuk mengaktifkan pemberian data percuma ini.
Pelanggan pascabayar boleh menebus melalui apps MyDigi > Rewards.
Manakala pelanggan prabayar boleh menebus dengan cara menelefon *128#
4. TuneTalk
Sama seperti Digi, pelanggan TuneTalk perlu menghantar SMS “STAYHOME” ke 2222 sekali sahaja untuk mengaktifkan pelan data percuma ini.
5. U Mobile
Para pelanggan U Mobile akan menerima data percuma ini secara automatik.
Namun hanya untuk pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja.
Pelanggan WeChat Go tidak layak menerima data percuma ini.
6. Yoodo
Selain data percuma secara automatik, Yoodo turut memberikan lebih data kepada para pelanggannya pada 20 & 27 April lalu.
Data yang diberikan tiada had masa dan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan seterusnya.
7. Unifi Mobile
Para pelanggan Unifi akan menerima pemberian data ini secara automatik.
Kesimpulannya, berikut cara claim internet percuma anda:
- Celcom – Automatik
- Digi – Tebus data ini melalui aplikasi MyDigi
- Maxis – Tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
- UMobil e- Prepaid – Dail *118*6# kemudian pilih Special OfferPostpaid – Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer (Tawaran Istimewa)
- TuneTalk – SMS STAYHOME ke 2222
- ONEXOX – Tebus atau redeem melalui aplikasi ONEXOX Black atau tekan USSD *150#.
Kami akan kemaskini maklumat internet percuma ini dari semasa ke semasa.