Advertisements

Permohonan SITHAM: Program Pembangunan Usahawan India Selangor

Masyarakat India di Selangor yang berminat untuk menjadi usahawan, kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi satu program iaitu Program Pembangunan Usahawan India Selangor atau dalam Bahasa Tamilnya Selangor Inthiyar Thozhil Arvalar Maiyam (SITHAM).

Matlamat utama pelaksanaan SITHAM adalah untuk menaiktaraf kehidupan dan ekonomi masyarakat India menerusi janaan pendapatan melalui kemahiran sendiri yang akhirnya berkemahiran untuk menjadi usahawan mikro.

Bagi tahun 2021, pelaksanaan program ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta dan mensasarkan sekurang-kurangnya 500 peserta untuk menyertai program ini.

Permohonan program SITHAM telah dibuka mulai 12 Julai 2021 dan akan dibuka sehingga 12 Ogos 2021 secara atas talian.

Program SITHAM

Program SITHAM ini terdiri daripada 4 aspek iaitu:

  • Latihan Pembangunan Usahawan
  • Kursus Kemahiran dan Pembuatan
  • Program Bimbingan Perniagaan (GROW)
  • Program Bantuan Peralatan Perniagaan (GERAN)

Latihan Pembangunan Usahawan

Latihan Pembangunan Usahawan memberi latihan asas kepada usahawan India untuk mempelajari teknik menambah jualan dan memahami keperluan terkini dalam perniagaan seperti Pengurusan Perniagaan, Online Marketing, Peluang Pinjaman, Permohonan Perlesenan dan Pendaftaran Syarikat.

Syarat-syarat permohonan untuk menyertai latihan ini adalah:

  1. Berbangsa India
  2. Bermastautin selama 5 tahun
  3. Berumur 15 hingga 55 tahun
  4. Berminat dan sedang menceburi perniagaan

Kursus Kemahiran dan Pembuatan

Kursus Kemahiran dan Pembuatan adalah kursus jangka masa pendek, memberi latihan secara one-off kepada peserta yang tidak mempunyai sebarang kemahiran perniagaan dan pembuatan contoh gubahan jambangan bunga, masakan kuih tradisional, ukiran henna dan sebagainya.

Syarat-syarat permohonan untuk menyertai latihan ini adalah:

  1. Berbangsa India
  2. Bermastautin selama 5 tahun
  3. Berumur 15 hingga 55 tahun
  4. Berminat dengan latihan

Program Bimbingan Perniagaan (GROW)

Program GROW adalah satu Program Bimbingan Perniagaan yang memberi latihan perniagaan berterusan selama minima 3 bulan, pakej latihan kemahiran dan bantuan alatan ini akan di kendalikan oleh syarikat peneraju yang dilantik.

Syarat-syarat permohonan untuk menyertai program ini adalah:

  1. Berbangsa India
  2. Bermastautin selama 5 tahun
  3. Berumur 15 hingga 55 tahun
  4. Kursus bimbingan 3-6 bulan bergantung kepada kursus yang dikendalikan

Program Bantuan Peralatan Perniagaan (GERAN)

Program GERAN adalah bantuan peralatan kepada peniaga yang telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas. Nilai bantuan peralatan dengan had maksima sebanyak RM10,000.00 untuk setiap permohonan.

Syarat-syarat permohonan program bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Berbangsa India
  2. Bermastautin selama 5 tahun
  3. Berumur 15 hingga 55 tahun
  4. Mempunyai perniagaan sendiri (6 bulan dan ke atas)
  5. Mempunyai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Mempunyai sekurang-kurangnya 2-5 orang pekerja

Cara Memohon

Untuk memohon mana-mana program SITHAM tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://forms.gle/yvGSCWvvu8WRpB2V8
  2. Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
  3. Pilih program yang ingin dipohon dan klik butang ‘Next.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan.
  5. Untuk paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SITHAM, sila hubungi Hijrah Selangor di talian 016-951 2458 atau menghantar email ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.