Advertisements

Permohonan Bantuan Mahasiswa Selangor: Bantuan Barangan Makanan

Anak-anak Selangor yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), anda berpeluang untuk menerima bantuan makanan daripada Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Mahasiswa Selangor.

Untuk makluman, bantuan ini merupakan inisiatif yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.

Menerusi inisiatif ini, kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan inisiatif ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan inisiatif ini bakal memberikan manfaat kepada 7,500 mahasiswa di seluruh Negeri Selangor.

Mengenai Bantuan Mahasiswa Selangor

Bantuan Mahasiswa Selangor adalah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor berbentuk barangan makanan dan keperluan asas kepada mahasiswa di kampus.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada Program Pembangunan dan Kebajikan Mahasiswa Anak Negeri Selangor dikelola secara terus oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor.

Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban mahasiswa anak Negeri Selangor yang masih tinggal di IPT masing-masing ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berjalan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan asas bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Mahasiswa merupakan kelahiran Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor.
  2. Pelajar mestilah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan https://forms.office.com/r/W6bsm1XzF5.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Soalan Lazim

Apakah bentuk bantuan yang akan diterima menerusi bantuan ini?

Mahasiswa akan menerima bantuan berbentuk barangan makanan dan keperluan asas.

Adakah bantuan makanan tersebut boleh ditukar dengan bantuan tunai?

Tidak. Hanya bantuan berbentuk makanan dan keperluan asas sahaja akan diberi.

Jika saya merupakan mahasiswa IPT di Selangor tetapi bukan lahir atau menetap di Negeri Selangor, adakah saya layak untuk membuat permohonan?

Tidak. Hanya mahasiswa anak Negeri Selangor dan tinggal di Negeri Selangor sahaja layak untuk memohon.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-5521 2303/03-5544 7073 atau menghantar email ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.