Advertisements

Permohonan Bantuan Khas OKU Selangor One-Off RM500

Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor kini boleh memohon bantuan terbaharu daripada Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Khas OKU.

Untuk makluman, pelaksanaan Bantuan Khas OKU ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.

Menerusi bantuan khas ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 yang mensasarkan 1,200 permohonan yang layak.

Objektif pelaksanaan Bantuan Khas OKU ini adalah bagi membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga).

Pemohon boleh membuat permohonan bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2021 secara atas talian.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon bantuan khas ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja.
  4. Pemohon merupakan pemegang Kad OKU JKM Selangor.
  5. OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19.
  6. Pemohon merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor; atau
  7. Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  8. Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Bantuan Khas OKU, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.anisselangor.com/bantuanOKU.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Isi no. kad pengenalan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Setelah selesai, cetak borang permohonan.
  6. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan dalam masa 14 hari sama ada melalui:
    – Email: [email protected]
    – Pos: Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor.
  3. Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya).
  4. Salinan slip gaji terakhir; atau
  5. Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN/Ahli Parlimen/Ketua Kampung/Penghulu/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat).
  6. Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja).

Soalan Lazim

Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

Tidak. Bantuan ini terhad kepada 1 keluarga untuk 1 pemohon.

Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM. Bolehkah saya memohon?

Tidak. Pemohon mestilah mempunyai Kad OKU dari JKM.

Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Boleh. Permohonan dibuka untuk usia 18 tahun dan ke atas sahaja.

Saya bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.

Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak. Pemohon mesti menetap di Selangor sahaja.

Saya merupakan OKU Pembelajaran dan tidak pernah bekerja sebelum ini. Adakah saya boleh memohon bantuan ini?

Tidak boleh kerana tidak memenuhi syarat kelayakan. Bantuan OKU ini khas kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini samada dipecat, dipotong gaji atau semaksud dengannya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Khas OKU ini, sila hubungi pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di talian 018-256 7093/018-235 6213 atau menghantar email ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.