Advertisements

Permohonan BKP Negeri Sembilan: Bantuan RM300 Hilang Pekerjaan

Bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada tahun ini, anda dialu-alukan untuk memohon Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) Negeri Sembilan.

BKP merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 jutayang disalurkan kepada rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan pekerjaan.

Objektif BKP Negeri Sembilan ini diwujudkan adalah untuk meringankan beban rakyat di Negeri Sembilan yang telah kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan PKP pada tahun ini.

Oleh itu, permohonan BKP Negeri Sembilan telah dibuka mulai 30 Jun dan akan ditutup pada 30 Julai 2021 yang boleh dibuat secara atas talian.

Kadar Bantuan

Pemohon yang layak untuk menerima bantuan ini akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM300.

Bayaran tersebut akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon BKP Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021.
  2. Pemohon mestilah belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.

Cara Memohon

Bagi memohon BKP Negeri Sembilan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.n9.digital/ atau muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store.
  2. Isi maklumat pada bahagian ‘Daftar Untuk Memohon’ dan klik butang ‘Hantar.’
  3. Pemohon akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda dan masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya.
  4. Muat naik gambar peribadi anda.
  5. Isi maklumat peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan.
  6. Kemudian, anda akan dipaparkan dengan bahagian ‘Bantuan Kehilangan Pekerjaan.’
  7. Klik pada kotak bantuan tersebut dan klik butang ‘Hantar.’
  8. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  9. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan semasa membuat permohonan itu:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (yang mana berkaitan).
  3. Surat pemberhentian kerja dari majikan.
  4. Salinan penyata bank/muka depan buku akaun.

Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai BKP Negeri Sembilan, sila layari laman web https://www.ns.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.