Advertisements

Daftar CIMS 3.0 MITI: Muat Turun Surat Permohonan Beroperasi PKP

Advertisements

Sektor ekonomi dibenarkan untuk meneruskan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan namun perlu berdaftar melalui COVID19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Untuk makluman, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP kali ke-3 di seluruh negara 12 Mei hingga 7 Jun 2021 yang mana pergerakan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan.

Walaupun pelaksanaan PKP dijalankan, beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dan tertakluk kepada syarat dan SOP yang ketat oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Bagi majikan yang memerlukan surat kebenaran merentas daerah dan negeri sepanjang PKP, mereka boleh mendapatkan surat tersebut dengan mendaftar di bawah sistem ini.

Apa Itu CIMS?

Untuk makluman, CIMS ialah sistem pengisytiharan syarikat secara sukarela di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menerusi sistem CIMS ini, majikan boleh membuat permohonan surat kebenaran untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan di dalam negara.

Oleh itu, majikan perlu membuat semakan status dalam CIMS 3.0 bagi mengetahui sama ada syarikat mereka telah berdaftar atau tidak.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sektor Yang Boleh Berdaftar

Sektor-sektor ekonomi yang boleh berdaftar di CIMS 3.0 adalah seperti berikut:

  • Perkilangan dan Perkhidmatan berkaitannya
  • Perkhidmatan Profesional
  • Peruncitan, pemborongan dan pengedaran
  • eDagang
  • Pembinaan
  • Sukan

Cara Mendaftar

UJntuk majikan yang ingin mendaftar CIMS 3.0, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MITI iaitu https://www.miti.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘CIMS 3.0.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar.’
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’

Muat Turun Surat Kebenaran

Untuk memuat turun surat kebenaran MITI melalui CIMS 3.0, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk melalui laman web https://notification.miti.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Borang Notifikasi.’
  3. Klik bahagian ‘Notifikasi Beroperasi.’
  4. Klik bahagian ‘Papar.’
  5. Klik bahagian ‘Cetak Surat.’

Kebenaran Operasi Digantung

Terdapat beberapa operasi yang diberikan status kebenaran operasi digantung walaupun dipaparkan status lulus di dalam sistem CIMS.

Penggantungan ini adalah disebabkan sektor ekonomi yang dijalankan adalah tidak tersenarai dibenarkan beroperasi menerusi laman web https://www.mkn.gov.my/.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai CIMS 3.0, sila layari laman web MITI https://www.miti.gov.my/ atau menghubungi talian 03-8000 8000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.