Advertisements

Panggilan Percuma Ke Semua Rangkaian Hari Raya Aidilfitri Pertama

Advertisements

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan panggilan percuma ke semua rangkaian telekomunikasi pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

KKKM menjelaskan tawaran ini diberikan hasil kesepakatan yang telah dipersetujui oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Manfaat ini ditawarkan kerana memahami rakyat Malaysia menyambut Hari Raya dalam suasana norma baharu dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Tawaran ini diharap dapat memberikan keriangan kepada rakyat Malaysia akibat larangan ziarah menziarahi pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Tempoh Tawaran

Tawaran panggilan percuma ini diberikan mulai 10 malam 12 Mei 2021 (Hari Rabu) sehingga 10 pagi 13 Mei (Hari Khamis) iaitu pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Panggilan percuma ini diberikan kepada semua rangkaian dalam negara.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam tawaran panggilan percuma ini adalah seperti berikut:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Time dotCom
  • REDtone
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • TM unifi
  • YES
  • Yoodo

Terma & Syarat

Untuk terma dan syarat mengenai tawaran panggilan percuma ini, sila hubungi syarikat telekomunikasi seperti berikut:

  • Celcom: 1111
  • Digi: 016-221 1800
  • Maxis: 1-800-82-1123 
  • Time dotCom: 1800 18 1818
  • REDtone: 1800 87 7770
  • Tune Talk: 03-2771 7000
  • U Mobile: 018-388 1318
  • TM unifi: 100
  • YES: 018-333 0000
  • Yoodo

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila layari Facebook KKMM iaitu https://www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.