Advertisements

Semakan Nombor Baucar BPR Fasa 2 (Tiada Akaun Bank)

Advertisements

Bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BSN) yang tidak mempunyai akaun bank, anda dinasihatkan untuk menyemak nombor baucar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan mendapatkan wang BPR secara tunai.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa penerima BPR tersebut boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan wang BPR secara tunai bermula 17 Mei 2021.

Bagi yang mempunyai akaun bank, pembayaran BPR telah pun dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan bermula 7 Mei 2021 yang lalu.

Pemberian BPR Fasa 2 kali ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.75 bilion.

Jumlah penerima yang menerima BPR Fasa 2 ini adalah sebanyak 8.4 juta penerima di seluruh negara.

Nilai Bayaran BPR Fasa 2

Nilai bayaran BPR Fasa 2 kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Isi rumah berpendapatan RM5000 dan ke bawah: RM150 hingga RM400.
  • Warga emas berpendapatan RM5000 dan ke bawah (bujang/tiada pasangan): RM300 hingga RM600.
  • Individu bujang berpendapatan RM2500 dan ke bawah: RM200 hingga RM350.

Cara Semakan

Untuk membuat semakan nombor baucar BPR Fasa 2, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  3. Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Klik bahagian semakan status.
  5. Maklumat penerima dipaparkan.
  6. Maklumat nombor baucar BPR Fasa 2 penerima dipaparkan pada bahagian tersebut.

Dokumen Perlu Dibawa

Pemohon yang ingin mendapatkan wang BPR secara tunai perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan.

Jika penerima tidak dapat hadir, hanya wakil yang didaftarkan sahaja layak untuk menerima wang BPR bagi pihak penerima.

Rayuan BPR Fasa 2

Bagi penerima yang dalam kategori tidak lulus untuk menerima BPR Fasa 2, pemohon boleh membuat rayuan kepada LHDNM.

Tarikh permohonan rayuan bagi BPR Fasa 2 akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembayaran BPR Fasa 2 secara tunai, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN Fasa 2 di talian 1300-88-1900.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.