Berikut dikongsikan senarai jawatan kosong LHDN 2019 yang diiklankan di portal rasmi LHDN.
Terdapat pelbagai jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:
- Eksekutif Hasil Kanan I (Teknologi Maklumat) Kontrak
- Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat) Kontrak
- Penolong Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat) Kontrak
- Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) Kontrak
Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna portal kerjaya LHDN bagi memohon kekosongan jawatan tersebut.
Jawatan yang diiklankan adalah KONTRAK. Tarikh tutup permohonan 18 September.
BACA: Cara Mohon Jawatan Kosong Kerajaan 2019
Jawatan Kosong LHDN 2019
Berikut adalah maklumat bagi setiap jawatan yang ditawarkan.
Eksekutif Hasil Kanan I (Teknologi Maklumat)
Bidang Tugas
- Mengurus, menyediakan perancangan dan pelan pelaksanaan projek, keperluan sumber (teknikal dan manusia) serta kos projek;
- Menyediakan pelan pelaksanaan perubahan dalam Projek Kejuruteraan Semula dan Transformasi Hasil;
- Mengenalpasti risiko berkaitan transformasi digital dan pembangunan sistem, projek pembersihan data, projek migrasi data, projek intergrasi dan menyediakan dokumentasi berkaitan; dan
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Gaji permulaan ditawarkan: RM 9,042.00 sebulan
Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat)
Bidang Tugas
- Melaksanakan kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks. Bertanggungjawab untuk membangun, penyelenggaraan, penambahbaikan dalam projek pembersihan dan migrasi data serta projek intergrasi sistem;
- Mengenalpasti, menyesuai dan menyelenggara prosidur dan polisi keselamatan ICT organisasi serta menyedia dan melaksana khidmat sokongan teknikal keselamatan ICT kepada pengguna;
- Bertanggungjawab dalam menyelaras kerja-kerja migrasi data, reka bentuk pangkalan data, data model dan integrasi serta bertanggungjawab dalam menyelaras kerja-kerja konfigurasi infrastruktur Cloud, Hyper-converged, Exadata, teknologi Container dan pengurusan backup & recovery; dan
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Gaji ditawarkan: RM 2,977.00
Penolong Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat)
Bidang Tugas
- Membantu melaksanakan kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna serta membantu menyediakan sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis;
- Membantu membangunkan sistem menggunakan perisian yang disediakan serta membantu menjalankan pengujian, latihan dan pelaksanaan produksi sistem; dan
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Gaji ditawarkan: RM 2,198.00
Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran)
- Membantu dalam urusan pentadbiran, perolehan, saraan, perkhidmatan dan kewangan serta melibatkan diri dalam majlis rasmi; dan
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Gaji ditawarkan: RM 2,198.00
Cara Memohon
Permohonan jawatan kosong LDHN dari calon termasuk pegawai LHDNM bertaraf sambilan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL https://career.hasil.gov.my/
Permohonan dari calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL https://spi.hasil.gov.my/
Calon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja. Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke LHDNM.