Advertisements

Daftar Safe@Work Pemerkasa: Insentif Potongan Cukai RM50,000

Syarikat-syaraikat di Malaysia adalah digalakkan untuk mendaftar program Safe@Work yang telah diperkenalkan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Pelaksanaan program Safe@Work ini adalah penting bagi memastikan operasi perniagaan dan perkilangan dapat terus berjalan dalam masa yang sama mengawal penularan COVID-19 di tempat kerja.

Program Safe@Work ini telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pelaksanaan Pemerkasa pada 17 Mac yang lalu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai program Safe@Work boleh mula membuat pendaftaran mulai 1 April 2021 secara atas talian.

Apakah Yang Dimaksudkan Safe@Work?

Safe@Work adalah inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kesihatan awam melalui tanggungjawab majikan untuk melindungi pekerja mereka terhadap pandemik COVID-19.

Inisiatif ini mengandungi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memperincikan langkah-langkah pencegahan dan pengurusan kes COVI-19 melalui kewujudan Safe Work Bubble.

Melalui Safe Work Bubble, pekerja-pekerja kontak rapat akan diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja yang lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.

Langkah ini dapat mengelakkan operasi perniagaan dan perkilangan terjejas walaupun terdapat pekerja-pekerja yang mempunyai kontak rapat terhadap pesakit COVID-19.

Pelaksanaan Program Safe@Work

Pelaksanaan program Safe@Work merangkumi 9 langkah-langkah utama iaitu:

  • Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan (PERT) oleh pihak syarikat.
  • Pelaksanaan protokol pemeriksaan kesihatan pekerja.
  • Sesi taklimat yang kerap terhadap pekerja termasuklah pengawal keselamatan.
  • Penyediaan laporan kesihatan pekerja.
  • Protokol pemeriksaan kesihatan yang jelas.
  • Pemantauan 24 jam melalui teknologi peranti dan e-tracing.
  • Penjarakan fizikal dan langkah kawalan kendiri.
  • Tatacara etika di kawasan awam dalam premis.
  • Pensanitasian di tempat kerja termasuk kenderaan pekerja.

Pelaksanaan Safe Work Bubble

Pelaksanaan Safe Work Bubble, pengasingan perlu dijalankan di 3 tempat berikut:

  • Tempat tinggal pekerja
  • Tempat kerja
  • Kenderaan pekerja

Pekerja yang mempunyai kontak rapat perlu diasingkan dan dikategorikan di dalam Safe Work Bubble A.

Bagi pekerja yang tidak mempunyai kontak rapat, mereka akan berada di dalam Safe Work Bubble B dan sebagainya.

Insentif Syarikat

Syarikat yang mendaftar di dalam program Safe@Work layak mendapat potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 bagi setiap syarikat.

Potongan cukai ini melibatkan perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan serta keperluan lain.

Cara Mendaftar

Untuk pendaftaran, syarikat-syarikat boleh mendaftar menerusi langkah-langkah berikut seperti dalam gambar di bawah:

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Safe@Work, anda boleh menghantar email ke [email protected] atau melayari laman web https://www.miti.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.