Advertisements

Permohonan SISM40: Subsidi Langganan Pakej Internet M40 Selangor

Advertisements

Warga Selangor dalam kategori M40 kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan subsidi langganan pakej internet menerusi Skim Internet Selangor M40 (SISM40).

Untuk makluman, SISM40 merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 Jun 2021 yang lalu.

Salah satu inisiatif yang diumumkan menerusi pakej tersebut ialah SISM40 yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Telekom Malaysia (TM).

Orang ramai yang berminat memohon boleh mula membuat permohonan secara atas talian mulai 1 Julai 2021.

Apa Itu SISM40?

SISM40 merupakan inisiatif yang diperkenalkan bagi memberi peluang kepada golongan M40 menikmati internet bekelajuan tinggi dengan harga minimum.

Menerusi inisiatif ini, orang ramai berpeluang menikmati internet berkelajuan tinggi dari 30 mbps hingga 300 mbps tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile.

Antara kelebihan inisiatif ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Spesifikasi Internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum.
  • Rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan.
  • Harga yang lebih murah di pasaran.

Pakej Yang Ditawarkan

Terdapat 8 pakej yang ditawarkan melalui inisiatif ini iaitu:

PakejButiranHargaPenjimatan
SISM40 FAMILY 300Home Fibre 300 Mbps + 2 Sim KadRM267RM30 Sebulan Untuk 24 Bulan
SISM40 FAMILY 100Home Fibre 100 Mbps + 2 Sim KadRM207 RM20 Sebulan Untuk 12 Bulan
SISM40 FAMILY 30Home Fibre 30 Mbps + 2 Sim KadRM177RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan
SISM40 SINGLE 300Home Fibre 300 Mbps + 1 Sim KadRM228RM30 Sebulan Untuk 24 Bulan
SISM40 SINGLE 100Home Fibre 100 Mbps + 1 Sim KadRM168RM20 Sebulan Untuk 12 Bulan
SISM40 SINGLE 30Home Fibre 30 Mbps + 1 Sim KadRM138RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan
SISM40 HOME 300Home Fibre 300 MbpsRM189RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan
SISM40 HOME 100Home Fibre 100 MbpsRM119RM10 Sebulan Untuk 12 Bulan

Syarat Kelayakan

Orang ramai yang ingin membuat permohonan perlu menepati syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang kurangnya 5 tahun ke atas.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendaparan atau gaji isi rumah di antara RM4,800 sehingga RM11,000.
  4. Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja.
  5. Permohonan dibuka kepada individu sahaja dan bukan kepada perniagaan atau penggunaan premis perniagaan.
  6. Pengguna perkhidmatan unifi Home sedia ada tidak layak memohon melainkan yang masih menggunakan perkhidmatan unifi Lite atau Streamyx.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web https://sism40.com.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Pilih pakej yang diinginkan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  5. Muat naik dokumen sokongan.
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan.
  2. Slip Gaji/Perakuan Pendapatan.
  3. Bil Air/Elektrik.
  4. Pengesahan Permastautinan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak urusetia SISM40 di talian 03-5030 4595/4596 atau email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.