Penduduk di Negeri Selangor yang berumur 50 tahun ke atas kini boleh mendapatkan rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin COVID-19 menerusi Rebat Pengangkutan Grab yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Untuk makluman, inisiatif Rebat Pengangkutan Grab ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi pembentangan Pakej Kita Selangor 2.0.
Matlamat inisiatif ini adalah untuk memudahkan kumpulan sasar mendapatkan pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih sekaligus memberi galakan kepada penerima vaksin untuk mematuhi jadual temujanji vaksin yang telah ditetapkan.
Menerusi rebat ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menjayakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada 50,000 orang penerima.
Permohonan Rebat Pengangkutan Grab ini telah dibuka mulai 20 Jun sehingga 29 September 2021 dan rebat tersebut sah digunakan mulai 1 Julai hingga 30 September 2020.
Jumlah Rebat
Jumlah rebat yang diberikan menerusi inisiatif ini adalah sebanyak RM 20 bagi kos tambang pergi dan balik.
Ini bermakna rebat RM10 adalah bagi perjalanan pergi dan RM10 bagi perjalanan pulang.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon rebat ini adalah seperti berikut:
- Rebat ini adalah terbuka kepada penduduk Selangor berusia 50 tahun dan ke atas.
- Rebat ini sah bagi perjalanan ke mana-mana 40 PPV di seluruh Negeri Selangor.
- Tujuan perjalanan mestilah hanya untuk mendapatkan suntikan vaksin sahaja.
- Rebat ini hanya sah bagi pesanan pengangkutan melalui Grab sahaja.
Cara Memohon
Untuk membuuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://platselangor.com/.
- Di bahagian ‘Insentif MBI Bisnes Amal,’ klik pada ‘Rebat Pengangkutan Bagi Pengambilan Vaksin-Grab.’
- Isi maklumat diri dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Mohon Sekarang’ untuk menghantar permohonan.
Cara Menggunakan Rebat
Terdapat dua cara untuk menggunakan diskaun rebat ini selepas permohonan diluluskan iaitu:
Cara Pertama
- Buka aplikasi Grab.
- Pilih ‘Car’ dan masukkan perjalanan tempahan bersama pusat vaksinasi di bahagian ‘Where to?’
- Seterusnya, klik ‘Confirm Pick Up.’
- Sebelum menempah perjalanan anda, klik pada ‘Offer’ untuk ke ganjaran diskaun.
- Klik ‘Use Now’ untuk menikmati potongan harga perjalanan.
Cara Kedua
- Buka aplikasi Grab.
- Klik pada ikon ‘Points.’
- Pergi ke ‘My Rewards’ dan lihat ganjaran diskaun di bawah ‘Active Rewards.’
- Klik ‘Use Now’ dan pengguna akan berada pada halaman tempahan Car.
- Masukkan perjalanan tempahan bersama pusat vaksinasi untuk menikmati potongan harga perjalanan.
Soalan Lazim
Boleh. Ganjaran rebat ini boleh diguna pada hari Sabtu dan Ahad.
Setelah diluluskan, pengguna akan mendapat ganjaran diskaun 2 x RM10 ke dalam aplikasi Grab. Di halaman aplikasi utama, klik pada ikon ‘Points’. Pergi ke ‘My Rewards’ dan pengguna akan melihat ganjaran diskaun di bawah ‘Active Rewards’.
Pengguna akan mendapat ganjaran diskaun sebanyak sehingga RM10 untuk 2 kali perjalanan. Secara keseluruhan, pengguna akan mendapat penjimatan sebanyak RM20.
Pengguna perlu membayar lebihan tambahan. Sebagai contoh, jika perjalanan anda adalah RM12, maka anda perlu membayar lebihan tambang RM2.
Ya. Ganjaran diskaun ini boleh digunakan pada apa-apa jenis kenderaan di Grab.
Pertanyaan Lanjut
Untuk membuat pertanyaan mengenai rebat ini, sila emailkan pertanyaan kepada [email protected].