Advertisements

BSP 3.0: Semakan Status Kelulusan & Jumlah Pembayaran

Rakyat Negeri Sabah kini boleh membuat semakan status kelulusan bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 (BSP 3.0) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 10 Jun 2021 yang lalu telah mengumumkan pelaksanaan BSP 3.0 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM154.8 juta.

Menerusi jumlah tersebut, RM120.5 juta adalah bagi pemberian bantuan tunai one-off manakala bakinya sebanyak RM34.3 juta adalah bagi pemberian bakul makanan.

Tujuan BSP 3.0 diwujudkan bagi membantu rakyat Sabah yang terjejas akinat kemelut wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Oleh itu, rakyat Negeri Sabah disaran untuk membuat semakan bagi mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan tersebut atau sebaliknya.

Jumlah Bantuan

Bgai bantuan one-off menerusi BSP 3.0, kerajaan negeri terlah bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.

Kategori Penerima

Terdapat beberapa kategori penerima yang akan menerima BSP 3.0 iaitu:

  • Petani
  • Nelayan
  • Penternak
  • Pekebun Kecil Getah
  • Pekebun Kecil Koko
  • Pekebun Sawit
  • Pekebun LKTNS
  • Pekebun KPD
  • Penjaja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
  • Pemandu Teksi
  • Pemandu Lori
  • Pemandu Bas
  • Pemandu Bot
  • Institusi Memandu
  • Keluarga/individu Miskin
  • Keluarga/individu Miskin Tegar
  • Keluarga/individu dalam senarai eKasih
  • Pemandu Pelancong
  • Penggiat Seni
  • Divemaster
  • Malim Gunung
  • Porter
  • Freelance Tour Guide
  • Ibu Tunggal
  • Penerima Bantuan Am
  • Penerima Bantuan Anak Yatim
  • Penerima Kebajikan Persekutuan
  • Orang Kurang Upaya
  • Penerima Bantuan Orang Tua
  • Penerima Bantuan Kanak-Kanak
  • Pesara Tentera
  • Usahawan Mikro & Kotej
  • Penjaja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan status kelulusan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi BSP 3.0 di pautan https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
  2. Isi no. kad pengenalan dan kod yang dipaparkan dalam ruang yang disediakan.
  3. Klik butang ‘Semak
  4. Paparan status Lulus/Tidak Lulus/Tidak Wujud akan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kementerian dan agensi yang terlibat seperti di bawah:

Kementerian/AgensiKategoriNo Telefon
Kementerian Pertanian Dan Industri MakananPetani
Nelayan
Penternak
Pekebun Kecil Getah
Pekebun Kecil Koko
Pekebun Sawit
Pekebun LKTNS
Pekebun KPD
014-273 5075
Kementerian Kerajaan Tempatan dan PerumahanPenjaja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah011-5418 1400
Kementerian Kerja RayaPemandu Teksi
Pemandu Lori
Pemandu Bas
Pemandu Bot
Institusi Memandu
088-255375
Kementerian Pembangunan Luar BandarKeluarga/individu Miskin
Keluarga/individu Miskin Tegar
Keluarga/individu dalam senarai eKasih
088-219980
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam SekitarPemandu Pelancong
Penggiat Seni
Divemaster
Malim Gunung
Porter
010-931 1409
Lembaga PelanconganFreelance Tour Guide088-212121

088-218620

088-219310

014-957 8466
Jabatan Hal Ehwal WanitaIbu Tunggal011-3160 6200

010-6614 265

016-8627 653
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AmPenerima Bantuan Am
Penerima Bantuan Anak Yatim
Penerima Kebajikan Persekutuan
Orang Kurang Upaya
Penerima Bantuan Orang Tua
Penerima Bantuan Kanak-Kanak
Pesara Tentera
019-811 3750

012-837 4760
Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan PenyelidikanUsahawan Mikro & Kotej011-2548 0688
Dewan Bandaraya Kota KinabaluPenjaja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu014-606 3808

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.