Advertisements

Permohonan S3P MARA: Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro

Advertisements

Para usahawan perniagaan mikro yang menghadapi krisis akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan bantuan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P).

S3P ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan peternakan.

Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.

Oleh itu, usahawan yang terlibat boleh membuat permohonan kepada pihak MARA bagi skim pembiayaan ini.

Had Pembiayaan

Had pembiayaan yang ditetapkan menerusi S3P MARA ini adalah sehingga RM50,000.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Kemudahan yang ditawarkan menerusi S3P MARA ini adalah seperti berikut:

  • Modal pusingan
  • Pembelian peralatan
  • Promosi dan pemasaran
  • Belanja mengurus

Tempoh Maksimum Pembiayaan/Bayaran Balik

Tempoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga 72 bulan atau 6 tahun.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan kepada para usahawan yang ingin memohon S3P MARA ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera.
  2. Berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun.
  3. Melepasi tapisan Carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Credit (CCRIS).
  4. Berpengalaman/berpengatahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  5. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  6. Perniagaan berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  7. Mempunyai lesen/permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  8. Mempunyai premis perniagaan (kecuali online).
  9. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  10. Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek.
  11. Perniagaan patuh syariah.
  12. Bebas daripada senarai hitam MARA.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan S3P, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pembiayaan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log in dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  7. Setelah selesai, semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai S3P, sila layari laman web www.mara.gov.my atau http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements