Tutorial Semakan CCRIS Online Melalui Sistem eCCRIS BNM

Untuk makluman, anda kini boleh membuat semakan CCRIS online melalui sistem terbaru yang dilancarkan Bank Negara Malaysia iaitu eCCRIS.

Namun, anda perlu mendaftar di mana-mana cawangan AKPK atau di Pejabat BNM bagi mendapatkan nombor PIN yang akan digunakan ketika proses pendaftaran eCCRIS.

Pastikan anda baca juga: Semakan Wang Tak Dituntut Online eGUMIS

Semakan CCRIS Online

Rekod CCRIS yang baik amat penting untuk memudahkan anda mendapat sebarang jenis pinjaman terutama pinjaman perumahan atau pinjaman perniagaan.

CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.

CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

BNM kini melancarkan sistem eCCRIS bagi memudahkan pengguna menyemak dahulu rekod CCRIS milik sendiri sebelum memohon pinjaman.

eCCRIS Bank Negara Malaysia

Berikut adalah tutorial bergambar cara menggunakan eCCRIS untuk membuat semakan CCRIS online. Tutorial ini adalah yang rasmi dari BNM.

Perhatian! Pastikan anda mendaftar di BNMLINK Kuala Lumpur/Pejabat BNM/Cawangan AKPK dan sudah menerima PIN yang dihantar ke telefon mudah alih sebelum membolehkan anda log masuk ke sistem eCCRIS.

Cara Daftar eCCRIS

1. Layari https://eccris.bnm.gov.my/ kemudian klik “Log Masuk Kali Pertama”

semakan ccris online eccris

2. Pada laman “Log Masuk Kali Pertama”

  • Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan
  • Isi maklumat Nombor ID (12 digit MyKad/nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport)
  • Isi Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)
  • Klik butang “Hantar”

3. Tetapkan ID Pengguna/Kata Laluan

  • Masukkan ID Pengguna anda untuk mengakses eCCRIS, alamat e-mel yang digunakan dan tukar Kata Laluan [panjang kata laluan hendaklah mininum 10 karakter, yang mengandungi gabungan huruf besar (A-Z), huruf kecil (a-z), angka (0-9) dan karakter istimewa ”[email protected]#$%^&*()_+”
  • Klik butang “Hantar”

4. Pada skrin “Tetapan Keselamatan”

  • Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan yang dipilih
  • Klik butang “Hantar”

5. Setelah mengisi semua maklumat yang diminta, satu mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan.

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online

1. Log masuk eCCRIS anda

2. Untuk mendapatkan laporan CCRIS, pilih “CARIAN”, kemudian klik “Carian Sendiri – Individu”

3. Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan menanda kotak “Saya Setuju”. Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”

4. Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”

5. Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun laporan tersebut

6. Klik “Open” untuk melihat laporan atau Klik “Save” untuk menyimpan salinan laporan di tempat simpanan anda sendiri

Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan dalam Portable Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan seperti berikut:

  • Tarikh carian laporan (contoh: 30Oct2018, 10Feb2018)
  • Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda (Ahmad, Hanafi)
  • Contoh: 30Jan2018Ahm, 10Feb2018Han

Selepas memasukkan kata laluan, klik butang OK untuk membuka laporan. Anda memerlukan perisian yang boleh membuka fail PDF, untuk melihat semula laporan yang telah disimpan.

Contoh: Laporan CCRIS yang telah disimpan yang dilihat semula menggunakan perisian Adobe Reader.

Untuk maklumat lanjut tentang proses pendaftaran dan membuat semakan CCRIS online sila rujuk PDF di bawah:

Senarai Pejabat AKPK

Sebelum ini ramai yang merungut tidak dapat hadir ke pejabat BNM kerana terlalu jauh dan tiada cawangan di setiap negeri. Kini pendaftaran eCCRIS dipermudahkan lagi dengan pendaftaran terbuka di cawangan AKPK seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai cawangan AKPK yang rasmi.

Alor Setar
No 11, Ground Floor,
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Kompleks Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel: 604 771 5773

Pulau Pinang
Bangunan Bank Negara Malaysia
27 Corner Light/Pitt Street
10200 Penang
Tel : 604 261 2246
Fax : 604 261 2243

Perak
Unit B-2-1 Greentown Square
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak
Tel: 605 242 8319
Fax: 605 242 8452

Kuala Lumpur
Level 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 603 2616 7766
Fax: 603 2616 7601

Negeri Sembilan
Bank Simpanan Nasional
Lot 894
Jalan Dato’ Bandar Tunggal
70000 Seremban
Negeri Sembilan

Melaka
Ground & Mezzanine Floor, No 179,
Bangunan Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: 606 292 1238
Fax: 606 292 1251

Johor Bahru
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru
Tel: 607 221 0533
Fax: 607 221 0535

Pahang
G-02 Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Tel: 609 513 3190
Fax : 609 513 3255

Kuala Terengganu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Tel: 609 631 2797
Fax : 609 631 2801

Kelantan
PT5, Ground Floor
Kota Indah,
Jln Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Tel: 609 747 6968
Fax: 609 746 1085

Kuching
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching
Tel: 6082 414 910
Fax: 6082 414 960

Kota Kinabalu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Tel: 6088 538 355
Fax: 6088 538 377

Untuk maklumat lanjut layari http://www.akpk.org.my/my