Senarai Pinjaman Perniagaan Untuk Usahawan 2018

Bagi usahawan atau pemilik bisnes yang mencari pinjaman perniagaan (business loan) berikut dikongsikan antara organisasi kerajaan yang menawarkan pinjaman perniagaan sehingga RM5 juta.

Kepada yang baru nak berniaga dan perlukan suntikan modal, apa kata anda sertai program TUBE Mega 2018 yang menawarkan modal sehingga RM15,000 seorang. Untuk info lanjut layari TUBE Mega 2018.

Pinjaman Perniagaan 2018

1. TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau dulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Terdapat beberapa skim pinjaman perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya:

  • Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Teman TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontra-i
  • AR-RAHNU TEKUN

Pinjaman yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi https://www.tekun.gov.my/

2. PROSPER PUNB

PROSPER adalah produk pembiayaan berasaskan Shari’ah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik 7 tahun. Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.punb.com.my/

3. SUPERB TERAJU

pinjaman perniagaan superb teraju

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta.

Semak syarat kelayakan anda di portal rasmi TERAJU http://www.teraju.gov.my/

4. Dana Teras TERAJU

dana teras teraju

Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic,  MIDF dan Maybank Islamic.

Sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat telah menyertai program Teras manakala RM1.42 bilion pembiayaan telah diluluskan.

Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

5. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat atau MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. MARA menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan. Antaranya:

  1. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  2. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  3. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  4. Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  5. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  6. MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  7. Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan, rujuk http://www.mara.gov.my/skim-pembiayaan

7. Amanah Ikhtiar

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan pinjaman perniagaan sehingga RM20,000. Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan isi rumah RM3,855 sebulan layak memohon.

Berikut 7 skim yang ditawarkan AIM beserta jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran.

Untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Amanah Ikhtiar Malaysia layari portal rasmi AIM di http://aim.gov.my/

Selain bantuan pinjaman perniagaan, kerajaan juga komited membantu rakyat memiliki rumah dengan menyediakan pelbagai bantuan kewangan seperti skim MyDeposit 2018 yang menyediakan bantuan memiliki rumah pertama tanpa perlu membayar wang pendahuluan (zero cost entry). Selain itu, anda juga boleh memohon rumah PR1MA (bagi penjawat awam boleh mohon rumah PPA1M).

Diharapkan skim-skim yang diperkenalkan dapat meringankan beban rakyat.