permohonan br1m 2018

Kemaskini BR1M 2018 Secara Online Dilanjutkan Sehingga 25 Jan

Berikut dikongsikan manual permohonan baru dan cara kemaskini BR1M 2018 secara online. Untuk makluman, proses permohonan baru / kemaskini BRIM 2018 boleh dibuat bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017 (kini dilanjutkan sehingga 25 Januari).

Permohonan Baru BR1M 2018

Permohonan terbuka kepada semua rakyat Malaysia seperti berikut:

  • Mereka yang layak dan belum pernah memohon BR1M
  • Pasangan kepada penerima BR1M yang telah meninggal dunia / sudah bercerai
  • Pemohon yang gagal / tidak layak BR1M sebelum ini

Sekiranya anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila kemukakan permohonan baru BR1M 2018 di portal rasmi mereka atau layari https://ebr1m.hasil.gov.my/Home.aspx

Antara maklumat yang diperlukan ketika proses permohonan:

  1. Nama
  2. No. MyKad
  3. Tarikh Lahir
  4. Jantina
  5. Status Perkahwinan
  6. Tarikh Penceraian / Kematian Pasangan
  7. No. Telefon Rumah
  8. No. Telefon Bimbit
  9. Pekerjaan
  10. Nama Bank
  11. No. Akaun Bank
  12. Alamat e-Mel
  13. Alamat Surat Menyurat Terkini

permohonan br1m 2018

Untuk maklumat lanjut, download manual permohonan BR1M di sini.

Kemaskini BR1M / Kemaskini BRIM 2018

Bagi pemohon sedia ada, anda WAJIB kemaskini maklumat BR1M sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.

Antara maklumat penting yang perlu anda kemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakkan permohonan BR1M 2018 anda ditolak.

Untuk kemaskini BR1M 2018 secara online:

  1. Layari portal eBR1M
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan No. MyKad
  4. Klik Kemaskini Permohonan
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera

Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

Jika jawapan yang diberikan masih salah dan 3 kali percubaan bagi setiap 3 soalan yang dijawab telah habis, anda perlu ke cawangan LHDN untuk kemaskini sistem.

Pemohon perlu beri perhatian pada bahagian B iaitu maklumat pemohon / ahli isi rumah.

Jika ada penambahan ahli isi rumah, sila tambah maklumat tanggungan anda.

Kemaskini juga maklumat pendapatan kasar bulanan jika anda perubahan.

Jika maklumat waris tidak pernah diisi, klik Pilihan Waris sama ada ADA waris atau TIADA waris.

Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.

Jika sudah selesai proses kemaskini BRIM, sila cetak permohonan sebagai rujukan akan datang.

kemaskini br1m 2018

Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini BRIM, sila download manual kemaskini di sini.

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.