Advertisements

Permohonan Skim FundMyHome Depositku Pembiayaan Rumah Pertama

Tahukah anda tentang skim FundMyHome Depositku yang baru dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Melalui skim ini, orang ramai (terutama golongan B40) mampu membeli rumah pertama dengan bantuan pembiayaan deposit rumah pertama sehingga 20%.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin memaklumkan pembeli boleh mendapat pinjaman sehingga RM30,000 tanpa perlu membayar balik selama lima tahun pertama.

Pinjaman deposit tersebut hanya perlu dibayar balik pada akhir tahun kelima menduduki rumah yang telah dibeli.

Skim FundMyHome Depositku

Terdahulu skim FundMyHome dilancarkan oleh Perdana Menteri November tahun lepas bagi membantu pembeli rumah pertama.

Namun skim tersebut terdapat sedikit kekurangan di mana pembeli perlu menyediakan wang deposit sebanyak 20% dari harga rumah bagi membeli rumah-rumah di bawah projek FundMyHome ini.

Baca: Cara Simpan Duit Untuk Deposit Rumah RM200,000

Contohnya; pembeli rumah yang ingin membeli rumah bernilai RM307,000 perlu membayar 20 peratus daripada harga belian atau RM61,400 untuk memilik rumah tersebut.

Memandangkan isu utama anak muda ialah kekurangan modal untuk menyediakan wang deposit, jadi kerajaan melancarkan FundMyHome + Depositku.

Melalui gabungan skim tersebut, pembeli yang sama kini boleh memohon pinjaman sebanyak RM30,000 dari kerajaan untuk membantu pembayaran sebanyak 20 peratus yang diperlukan itu.

Jadi pembeli rumah cuma perlu membayar RM31,400.

Dan jika pembeli bumiputera, mereka layak mendapat diskaun sebanyak tujuh peratus atau RM21,490.

Ini membolehkan pembeli tersebut hanya perlu membayar sebanyak RM9,910 untuk terus memiliki rumah tersebut dan mendiaminya.

Skim Rumah Mampu Milik

Sebelum ini, kerajaan ada menyediakan beberapa lagi skim bantuan untuk memiliki rumah.

Antaranya skim MyDeposit di bawah KPKT.

Namun skim tersebut telah ditutup dan digantikan dengan skim Depositku yang baru.

Selain itu, terdapat juga Skim Perumahan Belia yang menyediakan bantuan 100% pembiayaan dan kerajaan bantu bayarkan ansuran bulanan rumah sebanyak RM200 selama 2 tahun.

Untuk senarai penuh skim rumah mampu milik yang terkini anda boleh baca artikel “Senarai Skim Rumah Mampu Milik 2019“.

Untuk maklumat lanjut tentang skim FundMyHome Depositku ini anda boleh layari portal rasmi mereka di https://www.fundmyhome.com

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.