Advertisements

GKP 4.0 PEMULIH: Bayaran RM1,000 & Permohonan Baharu (Julai 2021)

Advertisements

Dalam pembentangan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bersetuju untuk memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada PKS mikro yang layak.

Untuk makluman, pelaksanaan GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Perdana Menteri memaklumkan pelaksanaan GKP 4.0 adalah untuk mengurangkan beban dan kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS mikro ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pelaksanaan GKP 4.0 bakal memanfaatkan 1 juta usahawan PKS mikro di seluruh negara yang layak seperti pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain lagi.

Apa Itu GKP?

Untuk makluman, GKP adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan secara one-off kepada PKS mikro yang berkelayakan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di seluruh negara.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan 3 siri GKP iaitu GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang mana kerajaan telah memberikan bantuan tunai secara keseluruhan sebanyak RM7,000.

Secara keseluruhannya, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit bagi melaksanakan ketiga-tiga inisiatif GKP terbabit.

Menerusi GKP 4.0 pula, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan one-off sebanyak RM1,000 bagi usahawan PKS mikro yang layak.

Tarikh Permohonan

Bagi usahawan yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, permohonan baharu untuk GKP 4.0 akan dibuka pada pertengahan Julai 2021.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran GKP 4.0 yang akan diterima oleh usahawan PKS mikro yang layak adalah RM1,000.

Bagi usahawan yang layak, bayaran tersebut akan dibayar dalam 2 kali bayaran iaitu:

Bulan Jumlah Bayaran
September 2021RM500
November 2021RM500

Syarat Kelayakan GKP

Setakat ini, pemohon yang ingin memohon GKP perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti:

  1. Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon iaitu pemilik PKS mikro terbabit mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon masih lagi aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.
  4. Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan pemohon adalah kurang daripada RM300,000.
  5. Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Walau bagaimanapun, sebarang pindaan syarat kelayakan GKP 4.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai GKP 4.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.