Advertisements

GKP 3.0 PEMERKASA: Semakan Status & Pembayaran Mulai 8 Jun 2021

Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang layak melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0.

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan pakej khusus kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 iaitu pakej PEMERKASA.

Menerusi pakej ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM20 bilion bagi pelaksanaan PEMERKASA yang mana salah satu bantuan yang diumumkan adalah GKP 3.0.

Tujuan GKP 3.0 ini diberikan adalah memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS mikro tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran bagi GKP 3.0 PEMERKASA adalah pada bulan Jun 2021.

Pemohon boleh mula membuat semakan status bagi GKP 3.0 ini mulai 8 Jun 2021.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran yang akan diterima menerusi GKP 3.0 PEMERKASA ini adalah sebanyak RM1,000 secara one off.

Kelayakan Penerima

Penerima yang akan menerima GKP 3.0 PEMERKASA ini adalah mereka yang:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
  • Pemohon yang lulus permohonan baharu GKP 3.0

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi penerima bantuan GKP adalah seperti berikut:

  1. Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    – Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    – Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
  4. Syarikat perniagaan pemohon berdaftar dengan agensi-agensi berikut:
    – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Pemohon masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan status, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan tekan logo kanta.
  3. Isi captcha dan klik butang ‘Semak.’
  4. Status akan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai status semakan dan bayaran GKP 3.0 PEMERKASA, orang ramai boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.