Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memaklumkan mulai 8 Jun 2021, hanya surat pengesahan daripada Kementerian atau Agensi sahaja yang akan diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak ke tempat kerja.
Dalam kenyataan tersebut, PDRM telah menyenaraikan 7 kementerian dan 3 agensi terlibat, iaitu:
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan
- Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) – bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) – bagi sektor pertanian/ perikanan /penternakan /perladangan dan komoditi
- Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi – bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi
- Bank Negara Malaysia (BNM)– bagi sektor institusi kewangan / insurans
- Suruhanjaya Sekuriti (SC) – bagi sektor urusniaga saham
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – bagi sektor kecil/penjaja gerai makanan
- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
- Kementerian Dalam Negeri (KDN)– untuk semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berada dibawah KDN
- Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan 20% pula, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui CIMS 3.0 MITI. Bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dan kes-kes yang baharu (Reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
- Bagi pekerja sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen / invois pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one-off iaitu bagi tempoh 2-3 hari sahaja. Surat penegsahan dariapda majikan perlu dikemukakan sebagai bukti.
- Bagi pekerja sendiri, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis.
PDRM turut memberi amaran mana-mana individu yang gagal mengemukakan surat pengesahan, atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas.
Surat Pengesahan Yang Diterima Ketika Sekatan Jalan Raya
Berikut adalah kenyataan media rasmi oleh Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani: