Advertisements

PEMERKASA Plus: Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

Advertisements

Orang ramai yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan memerlukan penangguhan bayaran atau pengurangan bayaran balik pinjaman bank, anda kini boleh membuat permohonan menerusi Bantuan Bayaran Balik Pinjaman menerusi inisiatif PEMERKASA Plus.

Untuk makluman, pemberian Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) susulan pelaksanaan PKP 3.0.

Pelaksanaan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini diharap dapat meringankan beban orang ramai yang kehidupan mereka terjejas akibat PKP 3.0.

Untuk mendapatkan bantuan ini, orang ramai diminta untuk terus menghubungi pihak bank bagi mendapatkan kemudahan bantuan penangguhan atau pengurangan bayaran balik ini.

Mengenai PEMERKASA Plus

Dalam inisiatif PEMERKASA Plus yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 yang lalu, kerajaan bersetuju memberikan kemudahan moratorium menerusi matlamat kedua PEMERKASA Plus iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.

Menerusi perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM),
industri perbankan di Malaysia memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman tersebut.

Oleh itu, orang ramai diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran
sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

Inisiatif ini melibatkan nilai sehingga RM30 bilion dan dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam yang terjejas.

Kategori Penerima

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan terdapat 2 kategori penerima menerusi inisiatif ini iaitu:

Kategori 1

  1. Individu hilang pekerjaan (B40, M40, dan T20).
  2. Penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  3. Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.
  4. Perusahaan Mikro iaitu kemudahan pinjaman dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.

Kategori 2

  1. Individu M40 dan T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (termasuk gaji, elaun, komisen, bayaran lebih masa, dan pendapatan isi rumah).

Jenis Bantuan Diterima

Bagi Kategori 1, mereka boleh memilih jenis bantuan yang ingin diteima sama ada:

  • Moratorium automatik selama 3 bulan; atau
  • Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% untuk 6 bulan.

Untuk Kategori 2 pula, bantuan yang akan diterima adalah pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang.

Cara Memohon

Untuk pemohon yang ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi pihak bank masing-masing.
  2. Maklumkan untuk membuat permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman menerusi kategori yang layak.
  3. Selepas membuat pilihan pakej, bank akan memproses dalam tempoh 5 hari kalendar untuk peminjam individu, dan 14 hari kalendar bagi peminjam PKS.
  4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey.

Nombor Telefon Bank

Berikut merupakan senarai nombor telefon pihak bank yang boleh dihubungi:

Nama BankNo Telefon
Affin Bank Berhad03-8230 2222
Al Rajhi Banking &
Investment Corporation (Malaysia) Berhad
03-2332 6000
Alliance Bank Malaysia Berhad03-5516 9000
AmBank (M) Berhad03-2178 8888
BNP Paribas Malaysia Berhad03-2179 8361
Bank Islam Malaysia Berhad03-2690 0900
Bank Muamalat Malaysia Berhad03-2600 5500
CIMB Bank Berhad03 6204 7788
Citibank Berhad03-2383 0000 
HSBC Bank Malaysia Berhad1300 88 1388 
Hong Leong Bank Berhad03-7959 1888
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad1300 888 534 
MUFG Bank (Malaysia) Berhad03-2034 8000
Malayan Banking Berhad 1300 88 6688
MBSB Bank Berhad03-2096 3000
OCBC Bank (Malaysia) Berhad03-8317 5000 
Public Bank Berhad03-2179 9999 
RHB Bank Berhad03-2776 3111
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 1300 888 888 
Sumitomo Mitsui Banking Corporation
Malaysia Berhad
03-2176 1512
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd 03-2616 6800
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat)
1300 800 800
Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-2611 3217
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)1300 88 2476
Small Medium Enterprise Development
Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
03-2615 2020
Bank Simpanan Nasional1300 88 1900
Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)
03-2601 2000

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html?fbclid=IwAR1cCKrO_v30WYPzRabZD-zy4ygMBgpInolGyd3II8u0auaJ2ULUXBOwhnM.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.