Advertisements

Permohonan Program Dermasiswa B40 2021 JPA Lepasan SPM

Advertisements

Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang tergolong dalam keluarga B40 yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma, permohonan bagi Program Dermasiswa B40 2021 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini dibuka.

Program Dermasiswa B40 ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Matlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Permohonan bagi program dermasiswa ini dibuka mulai 12 Julai hingga 25 Julai 2021.

Syarat Umum

Pelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama.
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
  5. Ibu dan atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  6. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari manamana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  7. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus iaitu:

  1. Untuk Universiti Awam (UA)/Politeknik yang dikenalpasti:
    – Pelajar perlu menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.
    – Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  2. Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))
    – Pelajar menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil; dan
    – Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Pengajian Tidak Ditaja

Terdapat pengajian yang tidak ditaja dalam program dermasiswa ini iaitu:

  1. Pendidikan.
  2. Kejururawatan.
  3. Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).
  4. Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Cara Memohon

Pelajar yang ingin membuat permohonan program dermasiswa boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan berikut https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DMSW.
  2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program dermasiswa ini, sila hantar email ke [email protected] atau menyertai sesi Google Meet iaitu https://meet.google.com/xof-yzvp-fku (Sesi pagi: 10.00 – 11.00 pagi dan sesi petang: 2.30 – 3.30 petang).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.