Calon-calon lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, sukacita dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka tawaran Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2021.
Untuk makluman, program khas ini adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada lepasan SPM 2020 untuk melanjutkan pengajian ke empat buah negara iaitu Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
Untuk mereka yang layak, mereka akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat
Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
Permohonan Program Khas JKPJ dibuka secara secara atas talian mulai 10 Jun 2021 (jam 5.00 petang) sehingga 23 Jun 2021 (jam 5.00 petang).
Bidang Pengajian
Pemohon yang ingin memohon Program Khas JKPJ perlu menyambung pengajian dalam bidang berikut:
- Bidang Kejuruteraan
- Bidang Sains dan Teknologi (S&T)
- Sains Sosial
Struktur Pengajian
Struktur pengajian yang akan dilalui oleh pemohon yang layak adalah seperti berikut:
Negara | Tempat Persediaan | Tempoh Persediaan | Tempoh Ijazah |
Jepun | INTEC Education College | 24 bulan | Diploma: 3 tahun Ijazah Pertama: 2 tahun |
Korea | INTEC Education College Pusat Pengajian Bahasa di Seoul National University (SNU), Korea | 9 bulan atau 12 bulan | CGPA 3.75 Ke Atas– Ijazah Pertama: 4 tahun CGPA 3.74 Ke Bawah– Diploma: 2 tahun Ijazah Pertama: 2 tahun |
Perancis | INTEC Education College Institut Universitaire deTechnologie (IUT) yang ditetapkan Universiti Kuala Lumpur- Malaysia France Institute (UniKL-MFI) Institut Universitaire deTechnologie (IUT) yang ditetapkan | 1 bulan dan 12 bulan persediaan di Perancis atau 13 bulan dan 2 bulan Bridging Program | Diplome d’Ingenieur: 5 tahun atau Diplome Universitaire de Technologie: 2 tahun Ijazah Pertama: 3 tahun |
Jerman | INTEC Education College Institut Für Internationale Kommunikation (IIK) Sunway College Carl Duisberg Centren (CDC) | 18 bulan atau 8 bulan | Bchelor: 3 tahun Master: 2 tahun |
Syarat Umum
Pemohon perlu menepati syarat-syarat umum yang ditetapkan oleh pihak JPA iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
- Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat pertama kali.
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Syarat Khusus
Selain syarat umun, syarat khusus yang ditetapkan pula adalah seperti berikut:
Bidang & Negara | Syarat & Gred Minimum |
Kejuruteraan Jepun | Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam 5 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Matematik Tambahan d) Fizik e) Kimia. dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris b) Sejarah. |
Kejuruteraan Korea | Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam 5 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Matematik Tambahan d) Fizik e) Kimia. dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris b) Sejarah. |
Sains dan Teknologi Korea | Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam 5 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Matematik Tambahan d) Fizik e) Kimia dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris b) Sejarah. |
Kejuruteraan Perancis | Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam 5 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Matematik Tambahan d) Fizik e) Kimia dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris b) Sejarah. |
Sains Sosial Perancis | Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam 5 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Matematik Tambahan d) Dua (2) mata pelajaran yang lain. dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris b) Sejarah. |
Kejuruteraan Jerman | Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam 5 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Matematik Tambahan d) Fizik e) Kimia. dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris b) Sejarah. |
Sains dan Teknologi Jerman | Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu b) Matematik c) Matematik Tambahan d) Fizik e) Kimia. dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris b) Sejarah. |
Mekanisme Perjanjian
Pemohon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program khas ini serta bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti:
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Cara Memohon
Untuk memohon Program Khas JKPJ ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ.
- Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
- Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai program khas ini, sila hantar email ke alamat [email protected].
Pemohon juga boleh membuat pertanyaan melalui sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu 1 jam iaitu pada jam 10.00–11.00 pagi
dan 2.30–3.30 petang di pautan meet.google.com/axz-ojpu-fwe.