Kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang bukan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terkesan akibat pandemik COVID-19, anda kini boleh memohon Bantuan Kewangan Khas OKU di bawah pakej Perlindugan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Untuk makluman, Bantuan Kewangan Khas OKU telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 yang lalu.
Menerusi bantuan kewangan ini, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta bagi memanfaatkan seramai 20,000 orang OKU di seluruh negara.
Bagi OKU yang ingin memohon bantuan kewangan ini boleh membuat permohonan yang telah dibuka mulai 19 Julai hingga 6 Ogos 2021.
Apa Itu Bantuan Kewangan Khas OKU?
Bantuan kewangan ini adalah merupakan bantuan yang disediakan
oleh pihak kerajaan bagi membantu individu OKU yang bukan penerima Bantuan Bulanan JKM yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.
Objektif bantuan kewangan ini diberikan adalah untuk:
- Membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
- Membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
- Mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan.
- Sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir satu setengah tahun.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 sebulan.
Pembayaran akan dibayar selama tempoh 3 bulan kepada individu yang telah diluluskan permohonannya.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan kewangan khas ini adalah seperti berikut:
- OKU tersebut berdaftar dengan JKM.
- OKU tersebut mestilah berumur 16 tahun ke atas dan bekerja.
- OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM.
- Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji.
- OKU yang bukan kakitangan kerajaan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan bantuan kewangan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan berikut iaitu https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal%2Farticles&id=TVlKcnJsdzhIa1FOb1R0cDNqQ0xKdz09&menu=aGtGMVVTS1NGYzZoc3dwUXZocXdDZz09&fbclid=IwAR1to-kiTbTtrYWIb77CdcsSIA0D0TNar8AecUaAbVy8Tf1dnod3iMvSkBE.
- Klik bahagian ‘Borang Permohonan’ dan muat turun borang tersebut.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berdekatan atau email ke [email protected].
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad OKU/Dokumen Pengenalan Sementara OKU.
- Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif/slip berkaitan no akaun bank/sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.
Kaedah Pembayaran
Setiap permohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.
Setelah permohonan yang lengkap dan telah diluluskan, pihak PKMD akan melaksanakan bayaran ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Kewangan Khas OKU ini, sila hubungi Bilik Gerakan JKM Negeri seperti berikut: