Usahawan wanita di Negeri Kelantan yang berhasrat mengembangkan perniagaan mereka boleh memohon Tabung Usahawan Wanita Kelantan.
Tabung Usahawan Wanita Kelantan adalah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kelantan yang menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.
Bantuan ini hanya diberikan kepada usahawan wanita Kelantan sahaja sama ada wanita/beliawanis/armalah/OKU bagi membantu memajukan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka yang sedang dijalankan.
Permohonan bagi tabung usahawan ini dibuka mulai 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.
Syarat Asas Kelayakan
Syarat asas kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan tabung usahawan ini adalah seperti berikut:
- Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/beliawanis/armalah/OKU)
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
- Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
- Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja.
- Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
- Kadar bantuan maksima RM4,000.00 sahaja.
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan ini, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://bit.ly/36Gc7uU.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Setelah semua borang dan dokumen disediakan, sila hantar dokumen-dokumen berikut ke alamat:
Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
Blok 2, Aras 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Borang Permohonan yang disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADUN.
- Gambar berukuran passport.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris.
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan/ Waris.
- Gambar Lokasi & Aktiviti Perniagaan.
- Salinan Daftar Niaga (SSM).
- Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Soalan Lazim
Ya. Tabung usahawan ini hanya untuk usahawan wanita Kelantan sahaja sama ada wanita/beliawanis/armalah/OKU.
Tabung usahawan ini hanya untuk usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka yang sedang berjalan.
Ya. Permohonan dibuka kepada pemohon berumur 18 hingga 60 tahun.
Tidak. Bantuan tabung usahawan ini hanya dalam bentuk bantuan peralatan sahaja dengan nilai maksima RM4,000.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita di talian 09-7476568.