Anak-anak Sarawak yang merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berpeluang untuk menerima pengurangan bayaran balik PTPTN sebanyak 30% melalui Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, insentif yang dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta melibatkan 9,000 peminjam dari negeri tersebut.
Matlamat utama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan beban peminjam anak-anak Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka.
Oleh itu, peminjam tidak perlu memohon insentif ini sebaliknya penerima insentif ini dipilih setelah melalui tapisan PTPTN bagi memastikan penerima insentif ini adalah mereka yang menepati syarat dan layak sahaja.
Para peminjam boleh membuat semakan secara atas talian mulai 9 Mac 2021 mengetahui sama ada mereka layak menerima insentif ini atau tidak.
Kategori Peminjam Yang Layak
Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ini hanya diberikan kepada peminjam yang layak dalam kategori berikut:
- Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak.
- Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman.
- Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal atau berhenti pengajian).
Adalah diingatkan bahawa peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.
Contoh Pengiraan
Bagi mendapatkan gambaran lebih lanjut mengenai perngurangan bayaran balik sebanyak 30% ini, sila ikuti jadual di bawah:
Perkara | Jumlah (RM) |
Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan | 15,000 |
Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang | 5,000 |
Baki pinjaman | 10,000 |
Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak | 3,000 |
Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam | 7,000 |
Cara Membuat Semakan
Untuk peminjam yang ingin mengetahui sama ada mereka layak untuk menerima insentif ini boleh membuat semakan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak/.
- Masukkan no kad pengenalan peminjam.
- Klik butang ‘Semak.’
- Keputusan semakan dipaparkan.
Soalan Lazim
Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan. Pihak PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.
Semakan penerima boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 9 Mac 2021.
Tidak. Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.
Insentif ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ini, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.