Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Anak Sarawak

Anak-anak negeri Sarawak yang telah melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) digalakkan memohon Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) menerusi Yayasan Sarawak.

Matlamat utama pelaksanaan HGipt adalah untuk membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

Sasaran utama pelaksanaan HGipt adalah pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga B40 di Sarawak.

Pelaksanaan HGipt diharap mampu meringankan keluarga B40 dalam membiayai pembelajaran anak-anak mereka yang melanjutkan pengajian di IPT.

Kadar pemberian HGipt adalah bergantung kepada kategori berikut:

  • Pengajian Dalam Sarawak: RM1,000.00
  • Pengajian Luar Sarawak : RM1,500.00

Permohonan bagi HGipt dibuka sepanjang tahun dan tidak mempunyai tarikh tutup permohonan.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang berminat untuk memohon insentif HGipt perlu menepati syarat-syarat berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan anak Jati Sarawak.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
  • Pemohon mestilah mengikuti pengajian sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
  • Ibubapa atau penjaga pelajar mestilah mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Permohonan hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

Cara Memohon HGipt

Bagi pemohon yang berminat untuk memohon HGipt boleh mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Layari laman web https://yayasansarawak.org.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Atas Talian.’
  3. Masukkan no. kad pengenalan pemohon dan klik butang ‘Next.’
  4. Masukkan maklumat-maklumat berikut untuk pendaftaran:
    i) No. telefon bimbit
    ii) Emel
    iii) Password
    iv) Petunjuk Password
    v) Soalan Keselamatan
    vi) Jawapan Keselamatan
  5. Tandakan ‘/’ pada kotak ‘I have read, understood and agree to Yayasan Sarawak’s Privacy Policy.’
  6. Masukkan captcha yang dipaparkan dan klik butang ‘Register.’
  7. Login untuk membuat permohonan.
  8. Klik hantar apabila selesai mengisi maklumat permohonan.
  9. Salinan dokumen yang dikehendaki perlulah dihantar ke Yayasan Sarawak.

Pertanyaan & Info Lanjut

Pemohon yang ingin mengajukan pertanyaan atau ingin mendapatkan info lanjut boleh terus ke Yayasan Sarawak yang beralamat di:

Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah,
Petra Jaya,
93050 Kuching,
Sarawak.

Pemohon juga boleh menghubungi Yayasan Sarawak di talian 082-441686 atau menghantar emel ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.