Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) Subsidi Lesen Motosikal RM350

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu inisiatif baharu khusus kepada anak muda di Selangor iaitu Roda Darul Ehsan atau RiDE.

Inisiatif RiDE yang diuruskan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor merupakan subsidi sebanyak RM350 seorang bagi mereka yang telah mempunyai Lesen Motorsikal B2 pada tahun 2020.

Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan seramai 3,000 anak muda Selangor akan menerima manfaat melalui pelaksanaan inisiatif ini.

Matlamat utama pelaksanaan inisiatif RiDE adalah untuk menjana peluang sumber pendapatan buat anak muda di Selangor serta keluarga mereka melalui perkhidmatan penghantaran.

Selain itu, penerima subsidi berpeluang mengikuti latihan dan peluang pekerjaan di sektor berkaitan melalui gig ekonomi.

Permohonan inisiatif RiDE akan dibuka kepada pemohon bermula pada 1 Ogos 2020.

Syarat-Syarat Kelayakan

Individu yang ingin memohon inisiatif ini wajib memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Inisiatif ini terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja.
  3. Permohonan hanya layak bagi Lesen Tunggal sahaja iaitu peserta tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor, pelupusan dan tamat tempoh. Permohon mestilah menamatkan sesi latihan dan ujian memandu bagi Lesen Memandu B2 terlebih dahulu dalam tempoh Januari hingga Disember 2020 sebelum membuat permohonan.
  4. Bagi pemohon yang bekerja, pendapatan hendaklah tidak melebihi daripada RM2,000.00 sebulan.
  5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan bermastautin lokaliti kawasan masing-masing.

Langkah-Langkah Membuat Permohonan RiDE

Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dialu-alukan membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://www.msnselangor.gov.my/
  2. Muat turun borang permohonan RiDE.
  3. Isi dan lengkapkan borang permohonan tersebut.
  4. Kemudian, borang permohonan tersebut mesti disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri/Penyelaras DUN/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk di Negeri Selangor sahaja.
  5. Borang permohonan tersebut perlulah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:

    Urusetia
    Program Inisiatif Roda Darul Ehsan,
    d/a Majlis Sukan Negeri Selangor,
    Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Status Kelulusan Roda Darul Ehsan

Borang permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak urusetia dalam tempoh 14 hari bekerja.

Setiap permohonan yang dihantar melalui proses semakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selepas proses permohonan diluluskan, pihak Urusetia akan menghubungi pemohon bagi memaklumkan status permohonan.

Carta alir permohonan boleh dilihat melalui gambar di bawah:

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaan untuk diajukan atau ingin mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu 03-55109063/03-55196380.

Pemohon juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected] atau melayari laman web rasmi Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu http://www.msnselangor.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.