TBRS TEKUN: Skim Pemulihan Perniagaan Sehingga RM10,000

TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada usahawan perniagaan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN atau TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS TEKUN).

TBRS merupakan skim pembiayaan mikro yang diuruskan oleh TEKUN Nasional bagi membantu perusahaan mikro memulihkan semula perniagaan mereka setelah terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Untuk makluman, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mana fungsi agensi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui pembiayaan TBRS adalah daripada RM1,000 hingga RM 10,000.

Permohonan pembiayaan TBRS terbuka kepada semua sektor perniagaan dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan TBRS TEKUN

Usahawan yang berminat untuk memohon pembiayaan TBRS perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak TEKUN Nasional.

Syarat-syarat kelayakan bagi permohonan pembiayaan TBRS adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India).
  • Usahawan mikro yang mana perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
  • Pemohon berumur 18- 60 tahun.
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  • Syarikat perlulah mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  • Pemohon hendaklah bebas daripada tindakan kebankrapan.
  • Pemohon mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada).

Cara Membuat Permohonan

Pemohon yang berminat untuk memohon pembiayaan TBRS TEKUN boleh mengikuti langkah-langkah membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my/.
  2. Pergi ke bahagian ‘Inisiatif TEKUN COVID-19’ dan bahagian ‘Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS).’
  3. Klik bahagian ‘Borang Permohonan TBRS.’
  4. Muat turun borang-borang berikut:
    i) Borang JPP01 – Senarai Semak
    ii) Borang JPP 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN iii) Borang JPP 11 – Borang Penama
    iv) JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
  5. Lengkapkan borang-borang yang telah dimuat turun tersebut.
  6. Hantar borang-borang tersebut bersama dokumen yang diperlukan ke pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran.
  7. Senarai alamat pejabat TEKUN Nasional boleh dirujuk melalui https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

Perlu diingatkan bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan permbiayaan TBRS.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon mestilah menghantar borang-borang permohonan bersama dengan dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  3. Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkini.
  4. Salinan salah satu bil utiliti terkini sama ada elektrik/air/telefon/syarikat TV berbayar.

Kelulusan Permohonan

Selepas borang permohonan dan dokumen dihantar, tempoh kelulusan permohonan adalah seperti berikut:

  • 5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada.
  • 7 hari bekerja untuk usahawan yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN.

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pembiayaan seperti yang ditetapkan oleh pihak TEKUN Nasional adalah 1 tahun hingga 3 tahun.

Selain itu, kadar faedah yang dikenakan menerusi TBRS ini adalah sebanyak 3.5% setahun.

Jadual bayaran balik dipaparkan menerusi jadual di bawah:

Info Lanjut

Pemohon yang ingin mendapatkan info lanjut boleh melayari laman web rasmi TEKUN Nasional iaitu https://www.tekun.gov.my/.

Pemohon juga boleh menghubungi pihak TEKUN Nasional di talian 03-9059 8888 atau menghantar emel ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.