Tengah cari jawatan kosong PTD bagi tahun 2020?
Terkini melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terdapat iklan jawatan PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik.
Tarikh tutup permohonan pada 27 Julai 2020.
Sebanyak 400 kekosongan jawatan untuk diisi tahun ini termasuk 50 simpanan.
Benarkah jawatan PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik 2020 hanya untuk graduan kelas pertama sahaja?
Jawapannya tidak!
Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmata Awam (SPA), pengambilan PTD yang diuruskan pihak mereka masih terbuka kepada semua graduan yang berkelayakan dan bukan hanya kepada calon yang mempunyai ijazah kelas pertama sahaja.
Syarat lantikan ke jawatan PTD masih kekal seperti biasa.
Sebelum kami kongsikan proses pengambilan PTD 2018 berikut adalah maklumat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.
Bidang Tugas PTD
Jawatan PTD antara buruan “fresh graduate”. Mungkin kerana proses naik pangkat PTD lebih cepat berbanding jawatan kerajaan yang lain, atau mungkin juga PTD adalah laluan sebenar untuk sampai ke puncak jawatan dalam perkhidmatan awam.
Antara tugas PTD termasuklah:
- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
- Pengurusan Kewangan,
- Keselamatan dan Pertahanan Negara,
- Pengurusan Teknologi Maklumat,
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
- Pengurusan Ekonomi dan
- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
PTD juga menikmati bonus-bonus tambahan seperti berikut:
- Elaun perumahan
- Cost of living allowance (COLA)
- Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
- Kenaikan gaji setiap tahun
- Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
- Cuti tahunan mengikut kelayakan
- Cuti bersalin
- Pinjaman perumahan
- Caruman KWSP atau pencen
- Bersara pada umur 58 tahun
- Peluang kenaikan pangkat
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik bermula dari RM2,422 sehingga boleh mencecah RM9,631. Bagi anda yang perlukan contoh resume, sila download 100+ resume boleh edit ini.
Proses Pengambilan PTD
Setiap calon perlu melalui beberapa fasa ujian kelayakan sebelum bergelar PTD. Antaranya:
- Peperiksaan Online PTD
- Ujian Psikometrik
- Ujian PAC (PTD Assessment Centre)
- Temuduga
- Lantikan ke jawatan PTD
- Kursus latihan PTD
Seperti biasa, setiap permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam perlulah dibuat melalui borang SPA8i sama ada secara online atau manual.
Sekiranya tercalon, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan online yang dijalankan setiap tahun oleh pihak SPA.
Peperiksaan Online
Peperiksaan online PTD mula diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan bertulis dan format peperiksaan online SPA mula digunakan untuk kesemua pengambilan jawatan dalam sektor kerajaan.
Peperiksaan ini melibatkan 2 seksyen utama iaitu:
- Seksyen A: Pengetahuan Am
- Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Peperiksaan ini bertujuan mengukur tahap pemikiran calon dan kelulusan peperiksaan ini adalah syarat menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik.
Rujuk: Contoh Soalan PTD
Ujian Psikometrik / Ujian PAC
Sekiranya calon lulus peperiksaan tersebut, calon akan diminta membuat ujian PAC. PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.
Antara aspek yang diambil kira dalam ujian PAC termasuklah:
- Kualiti personal seperti tatakelakuan, penampilan, keyakinan diri, penggerak kumpulan, dan potensi kepimpinan
- Pengetahuan dan kematangan idea
- Kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam dan debat ala parlimen
Calon PTD juga perlu menjalani ujian kecergasaan fizikal di mana calon diminta membuat ujian bangun tubi 1 minit dan ujian larian ulang alik 20 meter (bleep test).
Temuduga
Tapisan terakhir sebelum dilantik ke jawatan PTD adalah temuduga yang dijalankan SPA.
Hanya calon yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja (ketika PAC) dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki perkhidmatan PTD.
Berikut antara soalan yang ditanya ketika temuduga PTD:
- Sila perkenalkan diri anda
- Kenapa nak jadi PTD?
- Apa beza PTD dengan PTN (Peg.Tadbir Negeri)?
- Apa beza Ambassador dengan High Commissioner
- Apa beza HRM (Management) dengan HRD (Department)
- Apa beza Management dengan Administration
- Kalau dapat PTD, kamu nak kerja KEMENTERIAN mana?. Kenapa? Apa tugas utama kementerian terbabit?. Siapa nama KSU Kementerian terbabit, Berikan nama satu agensi di bawah kementerian tersebut?
- Apa 8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik
- Siapa KSN dan KPPA?
- Nama-nama Menteri
- Apa beza ISA dan OSA?
- Dasar kerajaan seperti MISI NASIONAL, DEB, TN50
- Pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya
- Rancangan Malaysia yang terkini (TN50)
- Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya
- RUKUN NEGARA
- Sejarah asal usul Pegawai Tadbir Diplomatik
- Apa beza DUN dan PARLIMEN dan oleh disusuli dengan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Senator, Speaker,
- Sistem Penyampaian
- Perlembagaan Persekutuan
Untuk maklumat lanjut tentang jawatan PTD, layari http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1609