Advertisements

Permohonan Geran Usahawan Perak (GeRUP) RM3,000

Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan bantuan kewangan dalam bentuk geran bagi membantu Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera di Negeri Perak iaitu Geran Usahawan Perak atau GeRUP.

GeRUP merupakan bantuan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS di Negeri Perak untuk mereka memulakan semula perniagaan masing-masing selepas mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Pelaksanaan GeRUP akan melibatkan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi serta SME Corp Malaysia dan turut disertai oleh pelbagai agensi pembimbing.

Agensi pembimbing yang terlibat dengan inisiatif GeRUP ini ialah:

  1. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.
  2. SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
  3. Jabatan Pertanian Negeri Perak
  4. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  5. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  6. Yayasan Perak
  7. Perbadananan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
  8. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  9. TEKUN Nasional (TEKUN)
  10. Tourism Malaysia Negeri Perak
  11. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  12. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (Veterinar)
  13. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  14. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  15. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Berhad (Kraftangan)
  16. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  17. FELCRA Berhad
  18. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  19. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
  20. Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
  21. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
  22. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
  23. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  24. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Permohonan bagi inisiatif GeRUP ini dibuka mulai 16 Julai hingga 30 Julai 2020.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak dan pembayaran dijangka akan mula dibayar pada 1 September 2020.

Syarat Kelayakan Geran Usahawan Perak

Permohonan GeRUP tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat mestilah dimiliki Bumiputera.
  3. Perniagaan tersebut beroperasi di Negeri Perak sahaja.
  4. Perniagaan memenuhi definasi PKS Mikro iaitu jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang.
  5. Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020.
  6. Keutamaan diberikan kepada PKS yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
  7. PKS perlu berdaftar atau diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan (24 agensi pembimbing seperti yang dinyatakan di atas)
  8. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Membuat Permohonan GeRUP

Pemohon yang ingin memohon GeRUP boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://gerup.smecorp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun’ di sebelah kanan paparan.
  3. Isikan maklumat berikut:
    i) Nama Pemilik
    ii) No. My Kad
    iii) No Telefon
    iv) Emel
    v) Agensi Pembimbing
    vi) Kata Laluan
  4. Apabila selesai mengisi maklumat berikut, tekan butang ‘Daftar.’
  5. Kemudian, log masuk menggunakan Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Isi maklumat seterusnya yang dikehendaki dengan lengkap.
  7. Tekan butang ‘Hantar’ setelah semua maklumat diisi.
  8. Permohonan berjaya dihantar apabila satu “pop-up” memaparkan ‘Maklumat Berjaya Disimpan’ dipaparkan.

Soalan Lazim

Saya memiliki telefon pintar, tetapi saya tidak mahir membuat permohonan secara dalam talian. Bagaimanakah saya ingin membuat permohonan?

Syarikat yang mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan secara dalam talian dinasihatkan berjumpa dengan Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak untuk membuat permohonan.

Saya tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan. Bagaimana saya hendak tentukan agensi pembimbing yang perlu dipilih?

Pemohon boleh terus berhubung dengan SME Corp Malaysia pejabat Perak untuk menentukan agensi pembimbing.

Saya adalah penjaja dan mempunyai lesen PBT. Bolehkah saya memohon Geran ini?

Boleh jika pemohon memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Saya merupakan anak kelahiran Perak tetapi perniagaan saya beroperasi di luar Negeri Perak. Bolehkah saya membuat permohonan?

Tidak boleh. Perniagaan perlu beroperasi dan beralamat di negeri Perak sahaja.

Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Bolehkah sekiranya saya ingin mencuba memohon geran ini?

Permohonan pemohon akan ditolak.

Syarikat saya adalah milikan perkongsian dan saya telah mendapat bantuan GKP kerajaan. Bolehkah rakan kongsi saya memohon untuk bantuan GeRUP?

Tidak boleh.

Bagaimana saya ingin mengetahui status permohonan saya?

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan dan juga SMS selepas bulan September 2020. Sekiranya permohon tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya

Pertanyaan Lanjut

Pemohon yang ingin mengajukan pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak SME Corp di talian 05-529 1621.

Pemohon juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.