Tahukah anda terdapat satu portal pelbagai manfaat yang telah dibangunkan khusus untuk membantu para belia di Malaysia?
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah membangunkan sebuah portal iaitu Portal eBelia IYRES khusus untuk membantu para belia di Malaysia yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi.
Menerusi portal ini, para belia boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi seperti:
- Peluang-peluang pekerjaan.
- Peluang-peluang penciptaan pekerjaan termasuklah keusahawanan dan gig ekonomi.
- Peluang pembangunan latihan dan kemahiran.
- Peluang dana-dana dan kemudahan oleh kerajaan.
- Informasi-informasi semasa berkaitan belia.
Baca juga: Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam
Peluang Pekerjaan
Portal ini juga dibangunkan hasil kolaborasi antara KBS dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Menerusi kolabrasi KBS dan MDEC, program yang dinamakan Gig Youth X-Pose telah diwujudkan untuk meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig sebagai pekerjaan dalam menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau kekal.
Ini sekaligus membantu belia yang terkesan akibak penularan wabak COVID-19 dalam mencipta peluang pekerjaan dan seterusnya membantu menjana pendapatan dan meransang peningkatan ekonomi negara.
Terdapat 3 program utama dibawah Gig Youth X-Pose iaitu:
- Gig Youth: Menfokuskan kepada belia yang berminat untuk melakukan kerja-kerja secara terus dengan pelanggan seperti rider FoodPanda, data entry of online forms, kru menjalankan tinjauan dan event crew.
- Digital Freelance: Menfokuskan kepada belia yang mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran khusus seperti web designing, content creator, content writer, editor, pereka grafik dan recruiter.
- Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri berjumlah RM35 Billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara.
Selain itu, Portal eBelia ini dihubungkan melalui sistem carian pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu Portal Pekerjaan EISJob.
Portal Pekerjaan EISJob ini akan membantu para belia dan graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Melalui portal ini juga, para belia dan graduan yang berdaftar juga akan dilibatkan secara aktif untuk menyertai Program Pasaran Buruh Aktif Semasa, Siri Program Temuduga Terbuka, dan Program Kebolehpasaran pekerjaan oleh pakar-pakar daripada pelbagai industri yang dianjurkan oleh PERKESO.
IYRES Community Enumerator (ICE)
Selain itu, portal ini turut memberikan peluang kepada para belia yang ingin menjadi IYRES Community Enumerator (ICE).
ICE adalah kumpulan belia yang bertindak sebagai Crew ICE yang membantu menjalankan aktiviti penyelidikan secara empirikal di pelbagai peringkat sama ada menjadi enumerator, pengekod data, dan transcriber.
Enumerator adalah petugas yang menjalankan aktiviti pengumpulan data semasa kerja lapangan kajian mengikut masa yang telah ditetapkan manakala pengekod data adalah petugas yang menjalankan aktiviti pengekod data (data entry) daripada dokumen/instrumen kepada sesuatu sistem atau perisian yang telah ditetapkan.
Transcriber pula adalah petugas yang menjalankan aktiviti transkripsi atau proses penyalinan data penyelidikan daripada bahan rakaman semasa melaksanakan proses pungutan data di kajian lapangan.
Cara Mendaftar Portal eBelia
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar di dalam Portal E-Belia:
- Langkah 1: Layari http://ebelia.iyres.gov.my/
- Langkah 2: Klik daftar.
- Langkah 3: Isikan maklumat lengkap seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, kata laluan, dan alamat emel.
- Langkah 4: Setelah selesai, klik daftar pengguna.
- Langkah 5: Pergi ke emel anda dan klik butang pengesahan yang terdapat dalam emel tersebut.
- Langkah 6: Anda akan dibawa ke tab browser yang baharu dan memaklumkan kepada anda bahawa pendaftaran anda telah berjaya.
- Langkah 7: Kemudian, anda boleh untuk log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan anda.
- Langkah 8: Setelah anda berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan dashborad profil anda.
- Langkah 9: Klik MyDashboard dan kemudiaan klik Kemaskini Profil pada side menu untuk mengemaskini profil anda.
- Langkah 10: Selain daripada itu, anda juga boleh mengemaskini pengalaman terdahulu dan dokumen sokongan anda menerusi side menu tersebut.
Info dan Maklumat Lanjut
Bagi para belia yang ingin mendapatkan info atau maklumat yang lebih lanjut mengenai portal ini, anda boleh melayari laman web http://ebelia.iyres.gov.my/.
Anda juga boleh menghubungi pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan di talian +603-8871 3344/3389 atau emel : info[at]iyres.gov.my.