Bagi individu yang telah diluluskan rayuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional) fasa ketiga, bayaran BPN akan mula dikreditkan ke akaun pemohon mulai 24 Jun 2020.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, 181,000 rayuan BPN fasa 3 telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM162 juta.
Pembayaran BPN fasa 3 ini melibatkan individu yang telah membuat rayuan daripada 11 hingga 31 Mei 2020.
BPN adalah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Bantuan ini diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40 yang layak.
Secara keseluruhannya, seramai 10.19 juta penerima BPN sudah menerima bantuan yang melibatkan kos RM10.88 bilion.
Sebanyak 3 fasa pembayaran BPN telah dilakukan dengan pembayaran fasa pertama melibatkan 8.3 juta penerima.
Pembayaran fasa kedua pula melibatkan penerima 2.3 juta penerima dengan 2.08 juta daripadanya sudah menerima bantuan BPN.
Jumlah Pembayaran
Pembayaran BPN melibatkan 4 kategori penerima iaitu:
- Isi rumah berpendapatan RM4000 ke bawah (B40) menerima bantuan RM1,600.
- Isi rumah berpendapatan RM4001 hingga RM8000 (M40) menerima bantuan RM1,000.
- Individu bujang berpendapatan RM2,000 menerima bantuan RM800.
- Individu bujang berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 menerima bantuan RM500.
Semakan Rayuan BPN
Bagi individu yang telah membuat rayuan tetapi masih belum menyemak status rayuan, anda boleh menyemak status BPN anda melalui langkah-langkah berikut:
- Layari https://bpn.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Masukkan kod captcha yang dipaparkan.
- Status permohonan dipaparkan sama ada Lulus, Tidak Lulus, Tiada Rekod ataupun Tidak Layak.
Soalan Lazim
Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional ini dilaksanakan?
i) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
ii) Status bayaran adalah gagal dikreditkan – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
iii) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di BSN.
Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:
i) Bayaran dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Bayaran Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
ii) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
iii) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan
ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi BPN M40, pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.
Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus Tidak Lulus
Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan BPN. Adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?
Jika permohonan saya lulus, berapakah jumlah yang akan saya perolehi?
Pertanyaan Lanjut
Bagi individu yang mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh mengemukakan soalan melalui:
i) HASiL Live Chat.
ii) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;
iii) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu Facebook https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter https://twitter.com/LHDNMofficial