Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan satu program iaitu Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers.
Program ini diwujudkan untuk membantu peminjam PTPTN yang telah bergraduat tetapi masih belum mendapat pekerjaan daripada mana-mana agensi.
Ini sekaligus akan membantu para peminjam untuk membayar balik pinjaman PTPTN apabila mereka mendapat pekerjaan.
Sebanyak 20 majikan akan menyertai program ini dengan menawarkan 3,000 tawaran pekerjaan kepada para peminjam.
Program ini dijalankan selama 4 hari bermula 30 Jun 2020 hingga 3 Julai 2020.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk semua peminjam PTPTN yang dilakukan secara atas talian dan penyertaan adalah percuma.
Syarat-Syarat Penyertaan
Bagi peminjam PTPTN yang berminat menyertai program ini, terdapat beberapa syarat penyertaan ditetapkan iaitu:
- Penyertaan hanya dibuka kepada peminjam PTPTN yang telah bergraduat sahaja layak menyertai program ini.
- Tiada sebarang yuran dikenakan kepada peserta program dan penyertaan adalah percuma.
Langkah-Langkah Untuk Mendaftar dan Sesi Temu Duga
Peminjam yang menepati syarat-syarat penyertaan di atas boleh mendaftar untuk program ini.
Pendaftaran dibuka mulai 25 Jun 2020 (Khamis) sehingga 3 Julai 2020 (Jumaat) sebelum jam 4.00 petang.
Berikut langkah-langkah untuk membuat pendaftaran dan sesi temu duga.
- Layari https://careerfair.perkeso.gov.my.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik register untuk pendaftaran kali pertama. Jika anda pernah mendaftar, klik login.
- Selepas klik register atau login, pilih majikan dan jawatan yang ingin dipohon. Kemudian, klik apply.
- Setelah permohonan pemohon diluluskan oleh pegawai, pemohon akan menerima email beserta pautan ke Lobby Room untuk sesi temu duga.
- Koordinator yang bertugas akan mendapatkan nama penuh dan jawatan yang dipohon untuk rujukan majikan.
- Apabila tiba giliran pemohon, koordinator akan memberikan pautan interview room untuk sesi temu duga bersama dengan majikan.
- Pemohon perlu klik pada link pautan yang diberikan oleh koordinator dan sesi temu duga akan bermula.
- Selepas temu duga berakhir, klik leave meeting untuk keluar.
Pengisian Program Virtual Mini Job Hunt PTPTN
Program Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers meliputi beberapa siri pengisian selama dua hari iaitu 30 Jun dan 1 Julai 2020.
Untuk 30 Jun, beberapa pengisian akan dijalankan seperti:
- 9 pagi hingga 11 pagi: Kenali Diri Anda (En Mohd Redzuan, Universiti Putra Malaysia).
- 11.30 pagi hingga 1.30 petang: English Communication (Pn. Izzah Azura Hamzah, Outreach Management and Training).
- 2 petang hingga 4 petang: Creative Online Personality (Pn. Nurul Fatiha, Universiti Malaysia Sabah).
Bagi 1 Julai pula, beberapa pengisian menarik diatur seperti:
- 9 pagi hingga 11 pagi: Pengurusan Kewangan (Pn. Rohanizam Binti Talib, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
- 11.30 pagi hingga 1.30 petang: Mencipta Perjalanan Kerjaya (En. Khairuddin Bin Thani, Universiti Teknologi Mara).
- Tips Temuduga Daripada Perspektif Majikan (En. Rais Hamimi Bin Mohd Ali, ON Semiconducter Sdn. Bhd.).
Sesi temu duga akan dijalankan pada 2 hingga 3 Julai 2020 iaitu dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Soalan-Soalan Lazim
Siapakah yang layak untuk menyertai program ini?
Apakah syarat-syarat lain yang dikenakan untuk menyertai program ini selain daripada syarat hanya peminjam PTPTN?
Saya telah mempunyai pekerjaan. Walau bagaimanapun pekerjaan saya tidak mengikut kelulusan. Bolehkah saya mendaftar dan diberi peluang temuduga ?
Adakah semua peserta program akan dijamin mendapat pekerjaan yang ditawarkan ini?
Sekiranya saya berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program ini, adakah saya terikat dengan sebarang kontrak kerja dengan PTPTN atau PERKESO?
Adakah gaji pertama saya akan ditolak secara automatik untuk membayar balik pinjaman PTPTN saya?
Sekiranya saya terlepas peluang ini, bolehkan saya mengemukakan rayuan kepada PTPTN atau PERKESO?
Masalah dan Info Lanjut
Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar bagi menyertai program ini atau ingin mengetahui info lanjut, pemohon boleh menghubungi pegawai PERKESO seperti berikut:
- Encik Neil – 019 249 2606
- Encik Azman – 019 658 5507
- Encik Dianhazri – 017 339 8583