Advertisements

Permohonan Projek Pertanian Bandar 2020 (PENJANA)

Menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu, kerajaan telah mewujudkan satu projek untuk penduduk bandar dan pinggir bandar iaitu Projek Pertanian Bandar.

Matlamat projek ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Selain itu, projek pertanian bandar ini juga bertujuan untuk mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dalam kalangan komuniti bandar serta membantu dan menjamin keselamatan makanan negara.

Projek ini merangkumi 2 kategori iaitu:

  1. Kategori Komuniti- Projek yang dilaksanakan di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
  2. Kategori Individu- Projek yang dijalankan secara individu di kediaman masing-masing.

Kumpulan sasar untuk terlibat di dalam projek ini adalah seperti:

  • Belia
  • NGO
  • Perumahan bandar dan pinggir bandar
  • Institusi kerajaan atau swasta
  • Komuniti luar bandar

Bentuk bantuan yang akan diberikan adalah secara one-off berbentuk input pertanian, latihan, dan khidmat nasihat teknikal.

Syarat Permohonan

projek pertanian bandar

Individu yang berminat untuk menyertai projek ini tertakluk kepada beberapa syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Permohonan hanya terhad kepada 1 permohonan sahaja.
  3. Pemohon mestilah berminat untuk melaksanakan projek pertanian.
  4. Pemohon perlu bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek pertanian.

Cara Untuk Memohon Projek Pertanian Bandar

Individu yang melepasi syarat-syarat kelayakan perlu memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web Jabatan Pertanian iaitu http://www.doa.gov.my.
  2. Download borang permohonan dan print borang tersebut.
  3. Isi dan lengkapkan borang tersebut.
  4. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui emel ke alamat [email protected] atau dihantar secara terus ke pejabat Jabatan Pertanian terdekat.
  5. Setelah borang lengkap diterima, pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak, dan jenis bantuan/insentif yang diperlukan.

Bagi individu yang mempunyai masalah untuk mendapatkan borang tersebut secara online, anda juga boleh mendapatkan borang permohonan melalui pejabat Jabatan Pertanian terdekat.

Tarikh tutup permohonan projek ini adalah pada 31 Julai 2020.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk maklumat dan info lebih lanjut, pemohon boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah atau:

Bahagian Pertanian Bandar,
Aras 12, Wisma Tani,
Lot 4G2, No 30,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya.
Telefon: 03-8870 3212/3616/3618/4226
Laman web: http://www.doa.gov.my.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.